02 Mac 2010

Letup Sharifah.

Kelas bising macam pekan sehari. Ustaz Yusof pakar lempang tak de hari tu. Budak2 macam celebrate Tahun Baru. Ceria tak tentu hala. Macam tak de hari esok. Usik sana, usik sini. Baling kapal terbang kertas. Dalam kertas itu terkandung pelbagai tulisan berunsur rebel dan sedikit elemen cinta. Bercinta la sangat kan ? Kasut raya pun ayah yang beli.

Gua bukakan sedikit alat pembuka tingkap agar udara menderu masuk. Budak2 ni kalau lagi kurang oksigen, kang ada yang bertindak di luar kawalan. Kes kecik je kadang2 tu macam gelor nama ayah, boleh membawa pertumpahan darah dan berdendam sampai tingkatan 5. Jadi, gua biarkan oksigen masuk.

"Oiii....cikgu datang!!"

Gua kasi sound satu kelas. Kedudukan gua yang berada di tepi tingkap secara auto di galas tanggungjawab sebagai tonto.

Kelas menjadi seperti masjid. Diam lagi betertib. Sekali sekala sahaja kedengaran suara berdehem menahan batuk. Maklumlah musim panas itu jam. Kalau dapat pekene air tebu ori lawan pulak air batu bulat2. Baler...bapok lah king-nya.

Satu kelibat ayu masuk ke kelas. Watak klise ustazah bertudung labuh. Dia mendongakkan wajah sekaligus menampakkan wajah Pan-Asian yang begitu rare di sekolah kami. Kebanyakan ustazah di sini jenis muka kebanyakan. Tu antara faktor gua agak liat ke sekolah. Mengada2.

"Assalamualaikum semua...Nama saya Sharifah Saodah."

Budak2 perempuan je yang jawab. Budak lelaki dagu jatuh ke meja.

"Indah ciptaan tuhan", gua berbisik sendirian. Rasa nak buat sajak pun ada itu jam.

4 ulasan:

Hanisham Ab Halim berkata...

Kah. kah.. kah... Lawok2...

hza berkata...

adoi... aku ada kes ngan ustazah ni sampai dia merajuk. he he.

Unknown berkata...

echam, relax relax...

hza, baler...kes mende weii ?

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.