21 Februari 2010

Menjelang SRP yang klasik itu.

Gua kemaskan buku2 berjenama Preston dalam beg. Tidak lupa juga soalan2 ramalan gaya pos dari Adabi, soalan2 arkib tahun purba zaman2 akak gua dulu. Jenis eja Cina jadi China. Gua rasa soalan tu pun dah tak keluar dah akibat sukatan pelajaran yang dah lari tune. Menteri Pelajaran ni pun macam tokey sarkas juga. Ada je idea nak buat nama. Budak2 dah serupa jadi tikus putih berlari2 dalam roda dalam sangkar.

"Hah...aok nak ke mana tu ?", mak gua macam biasa dah syak macam2 tengok gaya gua macam nak keluar mencari rezeki padahal umur tak lepas masuk kedai game lagi.

"Rumoh bari kat Sentosa nuh...kejap je...sebelum Maghrib balik la...Sumpah! Alif lam lam her Allah..", pandai pulak gua main sumpah2. Ingat malaikat tak dengor gamoknya.

Dalam usaha nak berlari cari kunci motor, gua berenti mengejut di bahagian dapur mencari karipap. Mak gua memang king buat karipap. Kalau dia otak bisness, dah lama kaya keluarga gua gamoknya. Tapi biasa lah orang Melayu. Jenis DIY, anti establishment, hidup janji cukup makan pakai, tak susahkan orang. Tapi zaman tu, dah havoc dah ceti2 masuk kampung kejar orang guna kawasaki Ninja. Jenis berhutang macam hidup 1000 tahun.

Rumah Bahri terletak di Kampung Sentosa. Kampung ni dulu femes bukan pasal ada industri buat kerusi rotan atau bikin sos cili tapi berat ke kes lumba motor dan ganja. Tapi rasanya sekarang dah tak de rasanya. Sibuk fesbuk gamoknya. Kalau naik motor dari kg gua, makan dalam 20 minit jugak. Kalau naik Jipang, mungkin sekejap je.

Sesampai depan rumah Bahri, gua bagi salam macam orang kebanyakan orang Melayu. Cuma beza gua tak masuk rumah pakai selipar je. Mak Bahri boleh tahan dia puya laser. Kalau gua buat stail macam hero Hollywood masuk rumah pakai kasut , mahu 3 tahun tak habis citer.

Selesai memberi salam, gua di maklumkan bahawa Bahri masih tidur keletihan. Cilakak! Betul2 punya Melayu nih. Gua pula di beri tugas mengejutkan dia dari tidur keletihan itu. Kalau gua kene terajang akibat ngigau dia, sumpah gua terajang dia balik. Kalau mak dia tak nampak la. Gua kenal sangat stail tidur dia. Bapoklah tak senonohnya. Macam gua jugak kelakunya. Cuma bilik dia kat kawasan dapur bersimen. Agak selesa untuk tidur. Mungkin pasal tu , dia payah nak bangun. Kalau orang Indon buat perangai lambat bangun, mahu kene pijak perut atau kene simbah dengan air panas.

"Woi woi .. kata nak study.... koi dah sampai nih..", gua bersuara kuat sambil mengoyangkan kaki dia. Biar roh senang landing orang kabo.

Bahri buat2 manja berat nak bangun. Menyirap jugak darah gua melihat kelaku dia nih. Tapi gua boleh lagi menahan sabar. Kalau adik gua, dah lama gua letak bara arang kat ibu jari. Kasi rasa sikit seksa neraka.

"Oh...aok rupanya...jap2...koi mandi dulu...". Dengan gerakan paling perlahan dalam dunia, dia beransur2 ke bilik air. Gua terketar2 melihat jam di dinding. Dah masuk asar. Sejam lagi dah nak masuk berita jam 6, kalau kat TV1 . Kalau kat TV3, cerita drama Cina. Kalau kat TV2 ada lagi saki baki citer Hindustan. Bab last mestilah polis tangkap penjahat dengan santainya berlatarbelakangkan hero peluk heroin. Depan TV mesti makcik2 tengah kesat air mata sambil lipat kain.

"Minum la dulu...mok koi dah bancuh neskepe tuh.."

Gua akur. Memang feberet gua pun. Hilang dah semangat gua study matematik SRP nih...Kalau dah nama mengeteh , tak de dah nak sembang hal2 belajar. Semua berat kepada hal2 permotoran dan artis2 . Potong blok la, bikin ekzos kecik la, tukar karburator la, Jerangkong Dalam Almari la, Rampage la dan sedikit pasal kumpulan KRU. cilakak!!

...
...

"Dah study ngan Bahri tadi? SRP dah tak lama dah tuh...Tak lulus SRP esok , aok keje sawmill kat Maran tu jekk", mak koi sergah sejurus lepas gua parking motor kat rumah.

"Dahhh....", gua jawab dalam tekak. Sah2 dah amalan gua di tulis di bahu kiri.

4 ulasan:

Abdul Munir Sanusi berkata...

Kecik-kecik dah pandai menipu ye aok. Keh3.

Tanpa Nama berkata...

jadi ke keje sawmill kat maran?

Rohie Husain berkata...

kalau aku tahu..aku dah report ke mok awok.. dah tu si bahri ni mana skrg..?

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.