01 Februari 2010

Heiran - The Review. (Janganlah ambil serius sangat



Storyline
cerita dari Iran ini bagi gua adalah biasa2. Konflik berkisar tentang cinta terhalang. Dua kasta yang berbeza. Tentangan dari ibu bapa. Kelihatannya klise sahaja. Tetapi , pengarah boleh sahaja mengadun anasir2 yang kelihatannya biasa ini menjadi sedikit unik.

Percintaan Miha dan Heiran yakni protagonis cerita ini berlatarbelakangkan pergolakan kedudukan sosial pendatang Afghan dan budaya Iran berjaya sedikit sebanyak memberi 'warna'dan 'nyawa'. Dalam kekurangan dari aspek kesan khas CGI dan bunyi runut yang hebat, filem2 Iran seolah2 memberikan trademark mereka kepada dunia perfileman.

Dengan tidak begitu menurut rentak barat, filem ini berjalan spontan dan membuai penonton dengan menelanjangkan budaya dan adat resam masyarakat setempat dengan baik. Momen2 yang rahsia seperti malam pertama pengantin di 'sorok' dengan baik. Malah ia kelihatan cantik pula apabila difilemkan. Anda perlu saksikan sendiri ye.

Watak Mahi yang tertekan kerana kehilangan suami terchinta dan juga kemarahan dari keluarganya sendiri, bagi gua ia berjaya. Konfliknya kelihatan bertangga2. Biasa, sederhana, tinggi dan super tinggi. Amat superb adunannya. Ada satu ketika, gua akan terdetak hati dalam kegeraman. Dan Yes! pengarah berjaya membawa gua ke satu momen yang di kehendaki. dan lagi sekali, tanpa bantuan CGI.


Gua bagi 4/5!!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dari mana diorang blaja buat filem ah?

Unknown berkata...

youtube la tuh

lorihantu berkata...

aok konfirm ke youtube?...bkn dengan FINAS???

Suhaimi berkata...

wa kasi 3/5, filem yg sederhana.. sederhana tu yg buat wa sker, tak terlalu over mcm avatar dan tak terlalu kurang seperti drama swasta..

Unknown berkata...

suhaimi, tetapi filem Iran memang slow motion...jenuh nak tunggu punch...keh keh