Bas Leng Huat berhenti tepat pada sasaran di stesen. Busuk masih kuat lagi. Ntah2 dinding kat stesen ni seme dah kene kencing. Tobat gua tak buat kelaku buruk camtu. Kelas Pendidikan Islam dah ada. Kene belajor kelas Pendidikan Moral sekali agak nya budak2 ni, baru reti kencing dalam tandas agaknya. Itu pun , ada sesetengah kes , gua dengar ada berak stail tahi melekat kat dinding. Bukan kat Maran, kat Kuala Lipis. Baler...Ayah Pin pun reti kencing duduk.
Gua dengan Bede stedi jalan ke arah kedai permainan. Gua buat macam yang Bede suruh tadi. 2 perkara yang dia pesan. Muka mesti garang dan bila jalan , tangan kene hayun laju2 macam gengster Tamil. Berdebar masa tu usah kira la. Tadi pun, gua beri alasan nak alter seluar sekolah kat ayah gua. Bukan mak gua tak reti jahit tapi gua nak stail tulang. Pening jugak mak gua nak buat. Daripada menyusahkan ibubapa, baik gua susahkan Cina kedai jahit Amerika tu. Nama kedai pun macam tak de perasaan kat orang Palestin.
Seluar gua tak hantar. Sebaliknya gua dan Bede mengambil keputusan utk mencuba sesuatu yang baru. Dah heboh satu Maran, ada kedai game. Dengan berbekalkan wang saku utk alter seluar, gua cekalkan diri.
Pap! gua selak daun pintu. Keadaan di dalam gelap macam liang lahad. Cuma beza dalam tu ada banyak mesin2 pelik dan bau asap rokok. Pelbagai golongan usia kat dalam rupanya. Yg gua hairan, orang tua ada main satu game yang ada gambar buah2 tempatan dalam 3 kolum berasingan pada skrin. Ralit juga dia main. Ntah sembahyang ke tidak tahu la tuh. Kalau nak rasa pelempang, cubalah tanya.
Belum sempat gua tukar syiling kepada mata wang kedai game, bahu gua kene pegang. Bede dah pecut main Raiden.
"IC mana ? ", budak Melayu badan tegap soal gua dengan ujub sekali.
"Ada...ada...tinggal kat rumah...", gua jawab tanpa rasa takut tetapi sedikit goyang. Kalau tolak tahun waktu tu dengan tarikh lahir gua, nak ambil lesen motor pun tak lepas lagi.
"Aok jangan nak peda'oh...Blah! Blah!!", tengking bonzer tiruan. Gua jeling dengan ekor mata tanda hilang rasa hormat.
..
..
Dekat sebulan jugak topik gua kene halau dari kedai game bersiaran di kampung. Cilakak.
5 ulasan:
haha....selalu gak gua masuk kedai2 game camtu..tapi lpas je main sampai 5,6 hinggit baru kena halau..
fuh! teror teror
aok kene hulur skit kat bonzer tu...
rasa nak cedok perut ada la.
err...masa tu dah sunat lom?
Catat Ulasan