03 Disember 2009

Hikayat Abang Din , revenge of the fallen.

Lepas maghrib gua pekene borak kat luar masjid. Ya! gua kaki masjid. Tapi jangan lu bayangkan masjid kat Moroco sana. Sini ramai outlaw. Dalam masjid boleh borak sampai nampak kepala lutut. Lutut boleh pakai kopiah lagi.

Budak2 seusia gua time tu dah ramai tunjuk lagak hisap rokok tanda kedewasaan. Gua tak memilih kawan. Asal jangan dia mengata lebih2 , itu sudah cukup. Gua mahukan teman sosial sahaja. Borak pasal kehidupan dan sedikit pasal makwe. Sambil2 tu gua perhati sahaja, asap rokok berbentuk love keluar dari mulut muncung masing2. Dengar citer berhari2 juga latih tubi nak capai skil tu. Lepas dapat skill tu, mula gatal tangan nak beli Zippo tiruan. Bunuh masa buat pertandingan siapa cepat buka penutup dan bukakan api sekali. Budak2 remaja kampung setakat itu sahajalah pencapaian untuk tahun 90-an. Zaman nak dekat tahun 2000, satu hapah ilmu buat roket pun tak de lagi. Tak pe la kot, yang penting hati budi mesti baik. Kan ?

Azan Isya' berkumandang mersik. Gua meluru ke kepala paip tanda nak renew air sembahyang.

...
...
...

Jemaah dah saling pandang sesama sendiri. Imam rasmi tak de. Kalau tak, boleh sambil2 lewa je ke tempat sof. Tak de pressure nak jadi imam sangat. Ni , siapa nak lantik siapa ? Gua cepat2 buat muka budak sekolah menengah biasa. Title budak sekolah arab, gua sembunyikan perlahan2. Oh! ada idea licik, gua buat2 macam wudu' terbatal. Yes! kembali mengambil wudu'. Mungkin ini orang kabo bohong sunat kot.

Oh! Abang Din (bukan nama sebenar) jadi imam malam tu. Memang rare. Selama ini dia di kenali sebagai penembak musang sahaja di kampung gua. Ni memang sejarah dia di lantik imam secara ad hoc. Dari segi persediaan, gua tak pasti dia redi ke tak. Tapi , lihat dari riak wajah macam konfiden. Dah umur 40-an , memang pandai sorok perasaan.

Gua duduk sof pertama. Memang dapat satu sof je pun. Lain la kalau sembahyang raya. Masing2 berdebor nak tunjuk baju Melayu baru. Itu yang melimpah sampai ke tangga orang sembahyang.

Masuk time takbir, segalanya berjalan lancar. Rupa rupanya Abng Din sengaja tak nak tunjuk skill keimamannya. Orang Melayu selalu macam tu. Rendah diri. Membakar diri untuk kesenangan orang lain. Tapi santau2 pun rancak jugak.

Tiba2....

Gua terpandang kain pelekat Abang Din bergoyang. Mungkin angin malam kot. Gua tunduk kembali ke sejadah. Tapi...

goyangan kain pelekat Abng Din makin meruncing kuatnya. Apa dah jadi ? Serentak dengan itu, suara bacaan Abg Din dah terketar2 macam Labu cakap kat Haji Bakhil minta cuti. Gua dah saspen semacam.

Abng Din dah seperti terkene kejutan elektrik. Kiri kanan jemaah tunduk khusyuk menanti saat rukuk sahaja.

Tiba-tiba.....

....bersambung

13 ulasan:

bG berkata...

asik bersambung je bro..

Unknown berkata...

amir, t'pengaruh dgn stail drama swasta

Fadh Rahman berkata...

lu mmg nk kena santau dgn gua!!!

JOEker berkata...

berdebo debo tunggu...

phish berkata...

cpt bro..dh nak tercbt gak kaen batik gua...hahaha

Abdul Munir Sanusi berkata...

ni lah layan nur kasih..kan acik sambung je...panas betul gua

Tanpa Nama berkata...

mcm drama pj holdings

Tanpa Nama berkata...

mcm drama pj holdings

Tanpa Nama berkata...

mcm drama pj holdings

Tanpa Nama berkata...

mcm drama pj holdings

Tanpa Nama berkata...

mcm drama pj holdings

A.C POpCorn PIMP berkata...

sambung lagi brader hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Hmm that's quiet interessting but honestly i have a hard time determining it... wonder what others have to say..