14 Disember 2009

Hikayat Abang Din , revenge of the fallen. (Part #2)

Gua menten kat belakang. Serba salah nak khusyuk ke nak ushar kain abang Abang Din. Habis je surah lazim pendek, kami merukuk. Tak kan nak sujud pulak, nak jadi Ayah Pin ? Yang menjadi berita gembiranya, kain Abang Din tidak vibrate lagi. Mungkin gemuruh pertama kali naik jadi imam gamoknya. Biasalah kan, semua mende dalam dunia ini , first time buat mesti lah tak berapa nak solid. Perompak pun , kalau pertama kali merompak, boleh banjir dahi.

Segalanya kembali dalam keadaan normal dan mengikut spesifikasi sembahyang seperti dalam kebanyakan buku2 agama terbitan JAIP. Gua rasa berbunga. Nampak gaya , kampung gua tak lama lagi dah ada pengganti imam muda. Kadang2 gua nak juga merasa imam2 muda ni. Memang rare nak cari orang2 muda kampung gua boleh jadi imam bab2 agama. Kalau berjudi dalam semak, hidu gam , wili tayar depan dengan makan daun popi, itu memang ramai pelapis.

Dah rakaat kedua, secara otomatis, bacaan Al Fatihan diperdengarkan. Gua ushar pandang gambar Kaabah kat sejadah. Time tu la plak , gua boleh plak berangan naik haji. Fer...sayu juga itu jam.

Kebahhhh!!!Kebahhhh!!!Kebahhhh!!!Kebahhhh!!!Kebahhhh!!!Kebahhhh!!!Kebahhhh!!!

Jelas gua melihat kain Abg Din macam tengah spin kat mesin basuh. Kali ini makin kuat speednya. Mungkin makin tinggi rakaat, makin kuat spin. Bacaan pula dah terketar2. Macam tengah sembahyang time bumi mengalami gegaran 9 skala rikter. Sebagai warga yang prihatin, nak juga gua kasi CPR kat Abg Din. Gua syak dia kekurangan oksigen. Tapi mengenangkan dia hisap rokok, memang hilang selera gua. Lebih2 lagi buat time sembahyang, memang tak manis.

Hati gua rasa makmun lain memang tak menjadi khusyuk dia. Memang berlakon je kyusuk itu malam. Kategori apa peristiwa ni gua pun tak pasti.

Usai memberi salam, makmum menten buat macam tak de apa2 yang berlaku. Padahal....?
Yang peliknya time berdoa, , lancar pulak. Mungkin Abg Din berkeadaan duduk. Kalau vibrate juga, dah gaya apa jadinya. Stedi je dia berdoa panjang2. Gua yang tak paham Arab ni, pakat amin2 je la. Ntah ke dia berdoa nak kawin satu lagi.

Balik dari masjid, gua tak terus ke rumah. Sebaliknya gua ke rumah jiran yang sama berjemaah tadi. Di celah2 cerita Hiburan Minggu Ini anjuran RTM, boleh tahan berair mata gua bersembang tepuk2 lantai isu Abang Din. Pak Cik Husin (bukan nama sebenar) rupanya satu perasaan dengan gua. Cerita sampai keluar kepala lutut.

Dekat seminggu juga Abang Din menghilang. Mungkin bercuti ke Kuantan. Kampung gua semenjak itu makin berkurangan pelapis imam. Imam tua pun dok sibuk layan elaun je. Kalau resign nanti , melepas duit belanja domestik.

2 ulasan:

Unknown berkata...

keluar air mata tergelak...

Pengembara silam, berkata...

Acu aok plak try jadi imam..Nak tengok sedang mana ke handalnye.. he he