24 November 2009

Silap gua tak belajar ilmu baca fikiran orang.

Sesampai di ruangan pagar sekolah, gua nampak Linda dengan Hamidah. Dua2 budak kampung. Jengka lagi. Lagi hulu dari kampung gua. At least kampung gua ada kedai kopi 12 jam pasang gusti saluran WWF dengan NWE. Hulk Hogan pun tengah kuat lagi. Ultimate Warrior seingat gua masih level2 freshie.

Hamidah (gua panggil Midoh) menulis sesuatu pada satu buku. Gua syak nama gua sedang di tulis atas kesalahan datang lambat. Dia ingat gua ni keje pegi sekolah je ke ? Petang wa keje kilang. Tingkatan 4 bukan ada belajar sangat. Sakit kepala ngadap SRP pun tak habis lagi. Nak rushing2 gi sekolah buat apa , kan ? Nak salah kan gua seratus peratus pun tak boleh jugak. Ni semua salah TV. Kerap sangat tunjuk drama swasta. Mana wa nak ada spirit sangat nak belajar. Nak rasa kawin lagi ada. Nasib baik professor berdarah mamak tu tak de lagi dalam scene itu tahun. Yusuf Haslam pun baru berlakon citer Melati Putih. Hishhh...teruk kan pengaruh TV ?

Dalam gear 3 tu, gua tekan tuas gear utk kasi enjin idle. Secara serentak gua off enjin kasi senyap. Secara licik gua parkir belakang stor. Itu jam dah assembly. Guru besar belum berucap lagi. Gua intai macam citer Bukit Kepong menengok musuh. Agak2 line clear, gua buat kucar kacir macam baru keluar dari membuang air kecil. Sambil jalan2 , gua periksa zip secara bersahaja agar lakonan tampak real.

Pap! gua duduk barisan belakang. Boyot , budak Paya Pasir dah tersengih melihat gua. Ada citer la tu. Gua buat sign kacang Ngan Yin tanda lepas assembly kita sembang lanjut.

Songkok merupakan aset penting bagi ketika di sekolah. Imej rambut grunge ala2 Seatlle gua pertahankan sejak 3 bulan yang lalu. Kat kampung, orang kadang2 boleh pandang 2, 3 kali keliru bila pula Kurt Cobain datang Maran. Itu belum gua pakai baju petak2 dengan jean koyak kat peha lagi. Ntah apa nak jadi. Berbalik pada soal songkok tadi. Rambut gua yang panjang secara licik gua selit di dalam songkok. Pada bahagian bawah, gua kasi sodok nombor satu. Perghhh!! Sekali pandang macam King of Pengawas.

Kalau lagi 3 bulan gua bertahan, kat Maran dah ada Amy Search tiruan. Tak payah susah2 pegi Kolumpor. Masuk simpang Lubuk Paku, bagi salam, gua keluar kaki kasi kangkang, hamek la gambar puas2. Memang sebijik Amy.

"Pengumuman!! Pelajar lelaki sila beratur untuk masuk kelas, Kami akan mengadakan pemeriksaan rambut hari ini. Sila tanggalkan songkok masing2!!", ustaz Yap menjerit dengan mic.

Peluh sebesar tahi kambing perlahan2 jatuh di dahi. Rasa nak panjat pagar pun ada ni.

9 ulasan:

A.C POpCorn PIMP berkata...

buat2 pengsan la brader hahahaha

Unknown berkata...

taktik tu nampak tak maskulin.

Hanisham Ab Halim berkata...

Hhahahha... takdelah amy search dah kat maran yek pastu....

Unknown berkata...

terkubur la kurt kobin

bG berkata...

klu gua dulu kat sekolah, time perhimpunan pagi mesti tak pegi.. setiap pagi ada spot check..

bokbon berkata...

keh keh keh!

Abdul Munir Sanusi berkata...

jadi mcm dgn kepala lu bro, kena sodok ke samapi botak ke?

Tanpa Nama berkata...

skrg pun dia dah jadik amy search dah

bina badan berkata...

Dapatkan Panduan Bina Otot Badan Lelaki Disini Agar Anda Lebih Macho, Tegap Dan Bertambah Kacak....Hehe...
Jangan Segan2..Realisasikan Badan Impian Anda.....