18 November 2009

Lu ingat ni negeri Semerah Padi ?

Gua tendang engkol motor dah 3 kali. Tak hidup2 jugak kap chai vintaj gua ni. Demit! Padahal semalam gua dah autosol berkilat2. Memang la motor tak de perasaan. Tapi at least, kasi la hidup kalau wa tendang. Ini tidak , mogok macam player bola kebangsaan. Betul2 pemikiran motor dunia ketiga.

Gua petik jari tanda idea sudah mari. Kebetulan rumah gua mempunyai satu ruang yang agak mencerun. Lantas, akal gua yang licik menyeru supaya Plan B ini di laksanakan seberapa segera. Dah pukul 7:40 pagi ni. Assembly jam 7:30 pagi , gua kene akur akan prinsip menepati masa. Kalau nak berjaya orang kabo, masa kene jaga. Ye dok ? Macam setan.

Gua biarkan motor menuruni bukit. Agak2 macam dah laju skit, gua pijak tuas gear utk ke gear satu. Motor mengelungsur sedikit. Tak lama kemudian, enjin 4 lejang gua berbunyi. Bukan main berbunga hati gua itu jam. Gua tarik trotel kuat2.

Pranggggg!!....Pranggggg!!....Pranggggg!!....Pranggggg!!....Pranggggg!!....Pranggggg!!....Pranggggg!!....

Tersenyum gua kepuasan melihat kampung terganggu dengan provokasi enjin ni. Biar diaorang bangun awal sikit. Macam mana nak maju kalau duduk dalam selimut je. Nasib baik bom atom meletup kat Hiroshima. Kalau kat Maran ? Tentu gua masih pakai cawat lagi pergi attack kancil pagi2 sebab tak pegi sekolah. Internet plak ntah bila gua nak jumpa agaknya. Uganda masa tu tentu dah pintas Malaysia.

Gua pakai helmet kemas2....Lepas dah masuk gear 3, gua terus meluru laju ke arah sekolah. Sumpah gua tak pegi kedai game.

Sesampai di ruang pintu pagar utama sekolah, gua panjang panjangkan leher macam biasa nak tengok line clear ke tak ?

Tiba-tiba...


....bersambung

5 ulasan:

reverie berkata...

menarik. tunggu sambungannya.

Webmaster@Echam berkata...

Adoiiiii.. sambung lagi....

bekam berkata...

tiba-tiba guru beso baru sampai dari belakang pakai herley dabidson.....

Amir Ariff berkata...

moto dah stat baru pakai helmet..

Rasdi berkata...

potong stim betul.. baru nak claimex..