14 November 2009

Mana la mak gua tahu pasal mende2 ni ?

Gua masih terpacak di ruang muka pintu. Ke atas ke bawah gua ushar rapat. Dah belas2 tahun gua kawan ngan orang, takat ni yang ada pakai serban ngan jubah, ustaz Salleh je. Tu pun bukan rakan sebaya. Ustaz time darjah satu sampai enam. Kadang2 ok, kadang2 garang macam beruang.

"Assalamulaikum!!". Masuk ni dah 3 kali dia bagi salam. Apa jadah gua tak jawab ? Nak masuk neraka ?


"Waalaikumussalam!". Dah lama gua tak jawab salam. Orang kampung gua mana reti sangat beri salam. Tahu2 dah ada kat pangkal dapur capai goreng pisang ngan teh O. Zaman dulu mungkin tak de kot silibus kejiranan. Main tahu2 sendiri je. Kadang2 gua hangin jugak. Kalau gua pakai smart2 time tu, ok la jugak. Kene gua tengah berkemban ? Kan tak manis ?

"Nak cari siapa ?". Gua perlahan2 tundukkan badan, kasi dekat sikit dengan brader lebai ni. Mana tahu kot2 satu hari nanti, gua jadi lebai macam dia. Dah la budak2 muda kat kampung cenderung ke bohsia je time tu. Menteri2 lak tak bising sangat pasal bohsia. Gua pun hairan kenapa. Sibuk kira elaun gamaknya.

"Gini saudara, kita hidup di dunia ni hanya sementara.....akhirat lebih utama...dosa...pahala...pung pang..pang...gedebak...gedebuk...", stedi jugak brader lebai ni ceramah.

Gua secara auto labuhkan kain pelekat tutup lutut. Sambil2 tu gua buat2 garu kepala tanda macam nak into.

"Macam ni lah...apa kata kita keluar 3 hari.."

Hah sudah...part ni gua sedikit gusar. Bukan apa, bila keluar 3 hari, bermakna 3 hari , gua miss episod Satria Baja Hitam. Nanti tak stedy la sembang kat sekolah. Gua kene pikul tanggungjawab berat analisa sitcom2 Jepun ni. Ni seme salah RTM la beli drama2 Jepun yang berunsur tahyul.

"Hah! Jangan nak ngada2 bawa anak aku. Kalau ko nak keluar, ko keluar sorang2!", tiba2 mak keluar meninggi suara dari muka pintu dengan senduk saiz raksaksa di tangan. Ketar2 juga tangan mak gua time tu. Kalau cuit sikit kat pinggang , cenderung keluar jurus Drunken Master gua rasa.

Gua menoleh ke arah mak gua sambil kerut2 kan kening tanda suh cover line. Pastu gua toleh kembali ke arah brader tadi.

Aik?

Sayup2 gua tengok dalam gelap , dia jalan dalam versi fast forward.

12 ulasan:

Fadh berkata...

ha ha ha

Rasdi berkata...

hahahahaha.... stedy la..

bokbon berkata...

3 hari sebulan, 40 hari setahun, 4 bulan seumur hidup. siapa yang suruh? siapa yang tetapkan? pandai-pandai..

Amir Ariff berkata...

tabligh ke bro? haha

hans berkata...

hahahahhaha
lawak tul

Webmaster@Echam berkata...

hahhahaha.. baru mak aok cakap gitu. Belum buat jurus drunken master lagi...

mUneer berkata...

bro, tabligh tu...naas 3hari keluar. selalu 40 hari

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

errr...ko bg dia goreng pisang dgn o ke?

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.