10 November 2009

Boleh tahan mak gua punya amarah.

Satu malam gua pekene lepak depan TV layan Hiburan Minggu Ini anjuran RTM. Zaman tu rasanya Mohamad Rahmat jadi Menteri. Amy Search boleh bebas masuk TV dengan seluar gimrama dengan rambut Tina Turner lagi. Album May baru nak keluar. Awie pun baru nak berjinak2 dengan URTV. Posing pun asyik2 kat atas tebing.

Mak gua dah masuk tidur. Letih lipat kain gamoknya. Kalau astro ada time tu, leh gak pekene undi atas talian. Masuk jam 8:30 mlm , masing2 dah menguap. Nak layan Hal Ehwal Agama , semalam dah on air. Fer...korang mana pernah rasa tengok Ismail Kamus masuk TV.

Gua perbetulkan kain pelekat naik atas dada. Pap! gua lempar kusyen atas tikar getah. Habuk2 gua tiup guna mulut. Baru sedap pekene baring. Sebelum baring, gua buka gelungsur pembuka TV. Bila buka , baru nampak monitor. Sebelah monitor , ada alat pengejas saluran serta suara.

Setelah segala setting setel, gua baring kembali tanda acara menikmati hiburan berskala sederhana bermula.

"Assalamualaikum!"
"Assalamualaikum!"

Kedengaran suara memberi salam di luar. Jam di dinding menunjukkan jam 9 malam. Sapa nak jual penapis air di waktu tak masuk akal sebegini ? . Gua mula menyoal diri sendiri.

Perlahan2 daun pintu gua selak.

Hah ?


......bersambung

4 ulasan:

Webmaster@Echam berkata...

Adoiiiii.. Ada episod ke 2 pulok ke???

Rasdi berkata...

adeh.. potong stim betul la lu..

hans berkata...

adoi
sambunglah cepat

Amir Ariff berkata...

haha sambung2