Burung2 galak berkicau riang ria. Macam hari gaji. Hati berbunga semacam. Orang2 kampung sudah mula memenuhi ruang menunggu di pondok bas depan rumah gua. Sekali pandang macam hari membuang undi.
Gua mengeliat ala2 kadar di tingkap rumah. Kemudian gua renung pagi itu dengan pandangan mata hati. Ye! Hari ini hari Ahad. Hari gua pakai smart2 mahu ke pekan sehari. Sekolah cuti. Beg sekolah pun gua tak ingat letak kat mana. Pagi Isnin nanti baru cari. Sebelum gosok gigi, gua gosok mata. Sambil2 tu, gua perati dahu gua dan atas bibir. Pergh! dah ada misai dan janggut mini. 2-3 bulan nanti, mesti dah iras2 Dr Sam Saya Anak Malaysia.
"Cepat lahh woi!!!", rakan sepermergian gua ke pekan sehari iaitu Bede bising di luar. Gua tenang menghabiskan sesi berlagak di depan cermin. Sekejap tengok kanan. Sekejap tengok kiri. Pastu rapatkan muka ke cermin. Nak bagi jugak gaya2 Sudirman. Mulut gua sambil2 tu miming lagu Milik Siapkah Gadis Ini. Tapi sampai korus gua berenti. Belum cukup umur nak tarik orang kabo.
Gua pergi ke bandar Maran dengan bas Leng Huat. Dia punya sesak time tu macam nak pergi ke bandar Madras. Cuma tak letak anak lembu je dalam bas. Habis aroma bedak Cuticura gua. Gua ketap bibir tanda protes.
Macam biasa, sampai di bandar mesti pekene minum. Tak de stamina , macam mana nak pusing bandar, kan ? Gua order air sirap sama laksa. Sambil2 tu gua cari surat khabar free atas meja. Tak de. Hmmm...tak de berita artis cerai kot ?
...
...
....
Gua rasa macam nak jadi tiang lampu. Ntah kenapa hari ini dah sedap2 pakai lawa, jadi macam ni ? Apa ntah silap , sembang tangan naik atas tak tentu pasal. Bukan mende serius pun gua sembang, tapi ntah la , mungkin terlalu feel gamoknya.
"Tak pe, boleh order air lain....air sirap satu ek ?" sajes tokey kedai sambil tersenyum2. Nak lempang kang , tak patut sangat, dia lagi tua dari gua.
Sayu gua tengok jeans gua basah dari bahagian alat sulit membawa kepada lutut. Mahu 3 minggu kuarantin tak pergi pekan sehari ni. Demit !!
9 ulasan:
hakhakhakhak.....
Kah..kah..kah... Nasib baik air sirap. Kalo air kopi panas mau aok ngengkang jalan pastu....
Wehhhh.. gambo kat fesbook tu zaman studio Jalan Ampas ke????
ko masa kuar umah tu langkah kaki kanan ke kaki kiri?
janggut mini bleh blah bro..ciss.haha
salah entri plak komen..hahahaha..
patut laa lu xjadi menteri upernyer...kes sirap tumpah atas seluar pun dah keciwa kuikuikui
nasib baik bukan kuah laksa...
aku rasa la kan kalau ko pakai bedak nyonya mungkin tahap kehenseman ko lebih terserlah
echam, air kopi gua tak minum.
citahrudin, tak tentu. hari tu rasanya dua2, pasal gua bikin summersault.
meor, ha ha
fadh, cis !
bekam, laksa tak sampai lagi itu jam.
tanpa nama, hah , kat mana nak cari bedak tu ?
Catat Ulasan