02 Oktober 2009

Rebah di pintu Syurga.

Keadaan kesihatan gua time tu agak kurang stabil. Suhu badan dah nak dekat sama dengan iklim negara Sudan . Punya la panas sampai rasa nak lempang Cikgu Salleh. Tapi mengenangkan SPM dah nak dekat setahun lagi nak sampai , gua pendam dulu jauh2 dalam hati busuk gua.

"Boleh dok gi skoloh tu ??", mak gua sound dengan echo gema dari dapur.

Sayup2 gua angguk kepala. Kasut berlogokan penguin, gua loloskan tumit masuk. Crook mana pakai stokin. Seluar mestilah panjang. Kalau pendek , nanti orang kabo macam tak hormat nama sekolah. Sekolah Menengah Agama Maran. Apa gila datang pakai seluar pendek ? Nak kene sambar petir ?

Tepat jam 7:30 pagi, bermula acara berlonggok di depan tiang bendera. Gua rasa satu dunia , sekolah akan ada upacara sebegini. Baris ikut tingkatan. Mula2 berterabur, tapi lepas depa tangan atas bahu kawan hadapan, secara matematiknya, susunan barisan akan jadi kemas. Kalau ada helikopter, tentu view dari atas jauh lebih cantik.

Gedebak, gedebuk! dah jam 8 : 15 pagi. Tiba time guru besar memberi ucapan. Guru besar gua ada satu perangai pelik. Dia akan bercakap bahasa Arab di depan para pelajar. Jenis bukan yang level ringan2. Dah berat ke gaya penyampai berita Al Jazeera. Gua paham pun mula2 je iaitu "Assalamualaikum". Yang lain, gua pakat angguk je. Selebihnya gua layan pandang pelajar puteri tingkatan peralihan. Muka2 lepasan UPSR lagi jernih dari muka lepasan SRP.

Tiba tiba....

Gua menjadi tidak stabil. Jangan fikir bukan2. Gua terasa berpinau. Badan rasa nak jatuh. Sedar tak sedar, gua dah terbaring atas simen. 2 saat lepas tu, terjadi satu bulatan di sekeliling gua.

"Bawa dia masuk ke dalam kelas", arah Cikgu Mazana, guru Bahasa Malaysia kami yang cantik di mata lelaki2 normal.

Gua di baringkan di atas 2 meja yang disambungkan. Sepantas kilat Cikgu Mazana membuka 3 unit butang baju kemeja putih gua. Mungkin untuk memberikan laluan udara yang kondusif. Kemudian perlahan2 dia mengesat peluh di dahi gua.

Guru besar masih berucap tetapi gua terbaring di dalam kelas.

"Adakah aku berada di dalam syurga???", gua senyum sendirian di dalam kondisi demam panas. Terima kasih demam. Dan Cikgu Mazana masih setia di sebelah gua.

Sweet kan ?

11 ulasan:

Fadh Rahman berkata...

weh lu mmg angau laa bro...

Hanisham Ab Halim berkata...

cheh... ntah apa2. Jeles aku. kahkahkah....

KLMJ berkata...

bro, air lu tgh penuh ke skrg?

FIRZA berkata...

dem...gunx pervert......

makwe joni berkata...

ke ko buat-buat pensan je ha?

bG berkata...

bahaha kecik2 suda gatal sama cikgu

bekam berkata...

kecik2 dah pandai cinta...

Tanpa Nama berkata...

syurga cinta

Unknown berkata...

fadh, mana ada.

echam, ha ha amcam ?

KLMJ, ceh..

firza, cilakak...

citahrudin, tak caya time letak la temometer kat ketiak gua.

amir, hishh..tak baik buruk sangka.

bekam, cinta itu buta.

tanpa nama, ha ha ha

meorazor berkata...

haha..jeles ngn lu bro..
ciss..

phish berkata...

len kali ko curah je kt die balek..br cm cte keling sket..kasik gado2..amcm ad bran