13 Oktober 2009

Riwayat sebuah kejujuran.

"Pak cik buka baju!" arah doktor muda klinik kerajaan di Maran. Gaya macam baru keluar universiti. Boleh tahan berkilat rambut sikat tepi.

"hok! hok! hok! "

Ayah gua stedi batuk. Gua relak2 duduk sebelah. Dia punya kondisi agak kurang sedap itu jam. Puas dah kerajaan buat iklan bilbod besar kapal korek kat merata jalan. Tunjuk paru2 rentung, tunjuk kerongkong hangus, ayah gua masih tenang menala api rokok lepas makan tengahari. Nikmat tu orang merokok je rasa. Macam kita fitnah kat kaki pancing. Apa ke gila ? Baik pegi pasar, tunjuk2 lebih kurang, dah dapat ikan sebakul. Mende ni seni. Abstrak apa jadah ntah.

Sekali sekala, ayah gua menunduk ke lantai. Kedengaran tarikan nafas begitu kuat. Bacaan decibel time tu agak tinggi. Doktor muda menala alat macam headphone tapi bukan cucuk kat radio tapi tala dekat dada. Kalau kat orang perempuan, gua tak pasti doktor nak buat macam mana.

"Dah teruk paru2 pak cik ni...", doktor muda mula bersuara setelah lebih kurang 2 minit menggunakan headphone perubatan.

"Pak cik ni banyak sangat merokok, kan dah teruk ni !!", sedikit tinggi suara doktor muda itu. Gamoknya dah makin konfiden marah2 orang kampung. Gua time tu , dressing ala2 Akil Hay zaman D Riyad. Gua tarik muka garang.

"Pak cik kene berenti merokok..! merbahaya...".

"Kawan dah berenti merokok dah wehh...!! ... hok ! hok! hok!!".

"Bila tu pak cik ?"

"Pagi tadi...hok! hok! hok!".

...
...

Sebab tu sampai sekarang gua tak reti kencing2 orang. Kalau gua jadi saudagar cakera padat filem. Yang pirate, gua cakap pirate, yang ori , gua cakap ori.

6 ulasan:

Hanisham Ab Halim berkata...

hohohooh.... Sejuk hati doktor muda tu..

Unknown berkata...

ha ha

phish berkata...

Kalau kat orang perempuan, gua tak pasti doktor nak buat macam mana.

mcm haram..wakakakkaa..siyal222.....

phish berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
FIRZA berkata...

klau gua pun keras jgk dgn jawapan tersebut.......

Tanpa Nama berkata...

anak soleh la katakan...