30 September 2009

Ku sangkakan intan, rupanya kaca.

1 Syawal menjadi lumrah warga kota yang perasan warga kota mencari2 sanak saudara pekena salam. Yang mana dok felda, mula balik berduyun2 konon2 macam pelik menengok rupa daun pelepah sawit. Nasib baik jugak , kejadian ni tak berlaku depan mata gua. Lepas gua terajang, gua salam la minta maaf balik. Apa salahnya kan ? Kene ajar sikit 'warga kota' ni kadang-kadang. Dia ingat bawa balik kereta baru tajaan bank tempatan, dah kira boleh cakap I-You I-You.

Usai solat sunat raya, gua lari dan terus summersault ikut tingkap masuk rumah. Macam biasa, gua kasi talaan kipas nombor 3. Setting sederhana utk waktu2 pagi sesuci lebaran. Baru sedap jamah lemang. Kuih2 bersifat debu gua tolak perlahan2 ke tepi. Bukan gua ada asma tapi ... korang tahu la kan. Mana 'in' kuih yang main tunjuk2 dengan buatan sendiri. DIY beb! DIY. Lu kena faham prinsip.

Lepas agak2 kenyang, gua buka sikit ikatan samping pinjam. Kasi aliran daging2 rendang merentas laju ke pusat kenyang. Gua ketuk2 TV perlahan agar siaran TV 1 stabil. Nak harap Astro sampai sekarang tak langgan. Ntah kenapa kuat benar anti-Astro mak gua.

....
....


"alamak! saya tak bawak henpon la Pak Teh ...", gua sedikit merungut.

Praappp !! Secebis keratan akhbar di siat perlahan. Pensil turut dihulur sama.

"ishkk...kertas kan ada, apa nak susah", bergeliga akal Pak Teh gua mencari alternatif.

"hah! berapa no telefon Pak Teh tadi ?", gua pegang pensil dan kertas tanda bersedia nak mencatat. Sanak saudara yang bersifat 'rare' ni , gua kene copy no telefon. Bukan nak telefon sangat, tapi in case la kan ? mana la tahu, tersesat ke ? kene culik ke ? nak bercuti ke ? nak gedebak gedebuk ... cari saudara jugak. Itu lah hikmah hari raya. Bukan sekadar bermain mercun atau show off kereta baru sahaja, tetapi sanak saudara kene kenal2 jugak. Pergh! dah style YB gua tulis ni. Naik menyampah pun ada.

Perlahan2 gua letak cebisan kertas di poket dada kiri. Alhamdulillah, jurang jauh dapat di dekatkan orang kabo. Gua tersenyum sendirian. Konon2 sayu macam iklan raya.

...
...

"Ni apa mende aok bagi ke koi ni ??? ha ha ha ..."

Gua toleh belakang. Jelas terlihat satu kertas aneh melekat pada wang kertas pada tangan atok gua. Salam kokot gua kali ini tak menjadi. Kene praktis lebih lagi. Adehhh....

7 ulasan:

Hanisham Ab Halim berkata...

Gunx,
Wang kertas yang kat tangan tok aok tu koi rase mesti RM 1 kan.... hahhaha.. Kantoi2....

Tanpa Nama berkata...

kalau buat iklan raya ni mmg best

phish berkata...

bp byk abeh duet raya..kasik cni sket

Fadh Rahman berkata...

lu kene praktis lagi bro...tahap salam kokot lu tahap novice pun belum capai kuikuikui

Fadh Rahman berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
FIRZA berkata...

amatur2......

Unknown berkata...

echam, ishh....tak kan lah..

tanpa nama, hah..jom la .. ada bran ?

phish , budak kecik tak leh pigang duit banyak2 ...

fadh, woii! biasanya menjadi..ntah ngaper tahun ni ada spoil sikit...

firza, cis !