01 September 2009

Perangai gampit di bulan puasa yang tidak ingin kita lihat.

Gua pekena baring. Jam masih lagi degil nak cepat ke petang. Baru jam 1 tengah hari memang tak in buka plastik air soya. Nak kene pelempang buat perangai jahiliyah ? Air batu pun tak jadi keras lagi time ni. Orang baru isi air dalam kiub pembentuk. Tak pun, paling senang isi ajer dalam plastik besar. Kemudian ikat kuat2. Letak dalam freezer. Tapi yang gua naik heran, sampai sekarang gua tak jumpa freezer saiz raksasa. Jenis muat2 badan kudus gua ni masuk. Agak2 citer Rumah Kedai nak start, gua keluar la. Baru kita rasa, apa orang Eskimo rasa.

Pap! gua celik mata tanda baru sedar dari lena. Sepantas kilat gua pandang atas tengok jam dinding percuma. Percuma pun sebab beli peti sejuk. Masih berbaki 4 jam. Gua terpaksa cipta aktiviti. Kalau tidak nanti, gua buat perangai jahiliyah.

Pap! gua buka peti TV. TV jenis hitam putih. Memang hardcore. Cerita resepi hamjaddah apa ntah. Gua karate tikar getah. Baran gua makin menaik. Tak boleh jadi. Apa akal Kementerian Penerangan ni tayang citer2 makanan ? Dia tak tahu ke , puasa ni kene menahan diri. Tayang la citer McGuyver ke ? baru akal jadi licik!

Gua pekene pakai seluar sekolah. Masam bau usah kira. Janji gua kene ke luar rumah. TV pun tak boleh harap. Perlahan2 gua lepak kat bus stand depan rumah. Ramai jugak orang. Sedap jugak dengar citer2 orang tua. Yang mana baik , jadikan teladan...yang buruk jadikan sempadan. Tak gitu ?

Gua duduk style orang sesak hutang. Garu2 kepala.

Fuhhh ! Fuhh...!!

satu satu kepulan asap naik ke udara. Jahanam! orang tua pun tak boleh harap. Ingat senang ke nak habis puasa kat kampuang gua ni ??

8 ulasan:

Webmaster@Echam berkata...

Kah..Kah..Kah... org tua kampung koi pun ada jugek gitu....

phish berkata...

last2 pose x...hak hak hak..

gunx berkata...

echam, cis...!
phish, see my leg la ...

Tanpa Nama berkata...

nyanyuk tu...mahapkanlah mereka

Fadh berkata...

gua syak lepas tue lu join sama kui kui kui

gunx berkata...

tanpa nama,
orang nyanyuk berdosa tak kalau kita lempang ?

fadh, cis...!!

rumah kedai berkata...

Bila la TV3 nak tayang balik RUMAH KEDAI.

Gua dah rindu tahap gaban ni.

Search kat youtube tak de....

Nostalgia betul....gua punya rutin petang2 wajib tengok

gunx berkata...

rumah kedai, yes! lu kene taip surat request kat tv3 minta itu cerita kasi up. baru semangat puasa. amcam?