28 Ogos 2009

Pengalaman berharga saya hari pertama di sekolah agama.

Dengan keputusan UPSR yang cemerlang, gua sepatutnya di hantar ke sekolah2 elit di Semenanjung Malaysia. Tapi , ayah gua dengan 'indie'nya register di sekolah agama dinding papan di sebuah bandar kecil di Pahang. Gua tak hamek port. Janji wa boleh tukar warna seluar sekolah. Bosan juga dekat 6 tahun pekene seluar biru pendek ni. Dah rasa gaya J.W.W Birch. Tinggal tak de topi besar jek. Punya la teruk orang zaman dulu kene tipu dengan British, kan ? Merdeka pun macam tak merdeka.

Pagi2, gua dah buat lompat summersault tanda hati berbunga nak sekolah baru. Sekolah agama pulak tu. Mesti dalam kelas nanti, semua duduk dalam keadaan tahiyat akhir. Muka jernih2. Bosan jugak kawan dengan budak rosak akhlak kat kampung gua tu. Sekali sekala nak jugak berdamping dengan bakal2 ulama Malaysia ni. Gua dengar majoriti pelajar dia akan fly ke Jordan , Mesir , Yaman dan ntah apa lagi negara . Secara auto dah terbayang citer Ahmad Albab. Pakai tarbus la tak lama lagi nih nampak gaya.

Yang gua naik heran , gua starting dgn tingkatan peralihan. Apa kejadah punya tingkatan. Apa bengap sangat tak terus ke tingkatan satu. Apa ? ingat gua ni muka makan bekal ke ?

Gua ditempatkan di tingkat satu. Paling tinggi tingkat satu je la pun bangunan sekolah tu. Dinding papan. Gua cuba goyang gaya Do goyang rumah Mi. Nampak boleh kuat lagi dalam 10 tahun. Harap gua tak mati kene hempap. Satu persatu pelajar baru gua ushar.

Tiba kat sorang kutu, dia jeling gua lain macam.

"Apa pandang pandang ? nak pelempang ?", salam persahabatan di hulur.

"Sah budak Jengka ni", bisik gua dalam hati. Cilakak! dah rasa macam dok kampung gua pulak. Hilang feel sekolah agama.

7 ulasan:

phish berkata...

hahaha...bertahankah anda di sekolah agama tersebut...

beemer berkata...

kalu wa la ... balas balik, ko nak makan pelempang aku ker? hahaha!

FIRZA berkata...

lak ustaz rupenye lu....

gunx berkata...

phish, sampai membawa ke spm jugak dia punya layan
Beemer, fer ganas aa lu, hari pertama kene sivik skit.
Firza, ustaz tak jadi. Ha ha

Ezad berkata...

gua pun lepas standard six, wa masuk sekolah yg kena pakai seluar hijau.

masuk asrama lagi. muka jernih je.

tapi dinding skolah wa konkrit la

gunx berkata...

ezad, cilakak, tak klasik langsung sekolah lu...

Tanpa Nama berkata...

aku pun nyampoh budak jengka.. mcm bagus jek.. api awek jengka memang cun...he3.. qidey