02 September 2009

Satu pertanyaan yang membawa kepada era Abu Jahal.

Gua baring solid atas simen. Rumah sewa gua di utara time tu black out serba serbi. Kalau TNB berupa kucing memang dah lama kene sepak terpelanting ke dinding. Dia tak tahu ke gua atau pelajar bumiputera dari kampung mana ntah mengembara nun jauh ke utara semata mata nak mencari ilmu. Tiba time gua nak selak buku, mentol kalimantang tertutup macam tak de perasaan.

Gua topless. Seluar tetap ada. Tidaklah jahiliyah sangat sampai nak tiru puak2 Mesolitik. Gua masih waras, cuma agak hangin dengan kondisi rumah sewa time tu. Tak kan tak biasa ? Rumah batu memang la panas time malam2. King of panas la kira.

Gua mundar mandir cari surat khabar lama. Nak pekene ngeteh, berdencing2 duit syling dalam seluor. Pokai tahap kene tipu dengan Sadiq Sigaraga. Pap! gua raba bawah katil. Yes !! ada. Surat lama bermuka depan Anwar Ibrahim. Zaman tu , tengah letup reformasi. Havoc satu kampus nak cari kaset Anwar. Gua sekali sekala layan dengar jugak. Nak tahu la update, nanti tak de la bengap sangat nak mencelah orang sembang2.

Gua ketuk bilik Bob (bukan nama sebenar). Bob orang kaya. Ayah dia tokey beras. Ada Mercedes. Cilakak! kadang2 gua ada datang cemburu jugak. Sampai tahap rasa nak culik Bob. minta duit tebusan dengan bapak dia. Boleh la cover makan 4-5 bulan.

"Bob! kalau hang kaya gila babi, apa hang nak buat ?", gua buka soalan merepek.

"Hahaha...", Bob gelak secara mendatar. Bergegar perut saiz XXL dia.

"Aku nak beli tanah atas bukit. Atas tu aku nak buat kasino besaq . Keliling tu aku nak bela anjing!!".

Gua pandang syiling. Kipas tetap tidak berpusing tanda TNB nak kene maki lagi.

7 ulasan:

Webmaster@Echam berkata...

Gua nak tanyer.. skang ni Bob tu keje apa??? Ke dah jadi toke Kasino???

citahrudin berkata...

hah..dengan perut saiz XXL Bob tu mmg amat sangat patut lah impian dia mcm tu..

tahniah BOB!!!

Amir Ariff berkata...

TNB jugak kena..
gua blaja kat uniten kot..
TNB punya..

haha

Natasha berkata...

bob tu dah kaya ke skarang?

Fadh berkata...

"Tiba time gua nak selak buku, mentol kalimantang tertutup macam tak de perasaan"

ayat helah bela diri yang paling tak boleh terima dek akal...klau dah malas tue malas laa jugak kuikuikui

bayam berkata...

gua kasi tau Bob lu kutuk dia haha

gunx berkata...

echam, dengar2 dia keje gomen.

citah rudin, muda2...cita2 memang gila!

amir, dulu je kot, skang TNB dah ok. ha ha ha


natasya, kaya jiwa kot

fadh, ha ha

bayam, syshhh!!