Siti Nurhaliza time tu ntah kenapa letup tak patut. Mawi masa ni baru isi borang apply keje DJ supermarket kat Johor. Akal nak buat AF pun tak de lagi. Yang pasti , zaman tu Bintang RTM tengah letup. Satu2nya rancangan pertandingan yang mendapat mandat penuh kerajaan. Ingat ! Tak de Bintang RTM, tak de Jamal Abdillah tahu !!
Perlahan2 gua melangkah masuk ke stadium. Pergh..dia punya lampu bukan main terang. Malam rasa macam tengah hari. Bersepah budak2 Melayu menjaja burger saiz kompak tak de sos. Sedap dah belakang kira. Kepala Melayu ingat untung je.
Tiket gua harga rm50. Rasa menyesal pun ada. Tapi mengenangkan Siti orang Pahang, gua terpaksa menolak perasaan berbelah bagi. Pergh...penuh orang dalam stadium. Semua masing2 dah stenbai bawa air ngan kacang2 rangup . Anak2 tak usah kira menangis. Mak bapak macam tak de perasaan bawa anak ke tapak konsert.
Tiba2, lampu stadium padam. 4 saat selepas itu, lampu di stage menyala terang. Siti tergedik2 ke tengah pentas.
"Siitiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii .... I LOVE YOUUUU!!"
Terkejut gua bapok badan saiz Malek Noor sebelah menjerit. Rasa menyesal gua makin menebal. Dok rumah kunyah kacang Ngan Yin lagi seru.
fakta menarik : Siti Nurhaliza telah mengerjakan haji pada tahun 2007.
7 ulasan:
Adoilahhhh.. muke nampok gengster tapi pegi tengok Siti nyanyi.... Tak taulah rodong koi ni.... hahhahaha
perhh...memang cool la bapok tue...dok rok la gtue..wakaka
sejak bila aok tuko genre musik nih? hahaha! bukan ker aok layan rock kapak ker?
hahahaha..seb bek bapok tu xpeluk lu yer..hahahaa
ah....lu tuduh bapok tu plak....ntah2 lu yg dok jerit2.......hakhakhakhak
firza... sokong2.. hehe...
echam, lu jangan main2, sekali sekala kene tukar genre jugak.
0, ha ha
beemer, dalam sebulan, satu hari kene tukar.
rizal, ha ha .. gua buat muka garang time tu.
firza, cis, tak koser!!
natasya, ha ha
Catat Ulasan