14 September 2009

Gua pun tak tahu macam mana ending jadi cam tu ?

Sekolah rendah kat kampung gua terletak di atas bukit. Bukit tu dulu2 tempat Jepun menyerang hendap British. Dengar2 banyak jugak yang mati. Tu pasal orang kabor sekolah gua 'keras'. Gua mengiyakan sahaja. Sejarah2 pun bukan boleh caya sangat. Semua nak jadi hero. Ntah betul dia buat , gua tak pasti. Yang pasti, British ada meninggalkan rumah misteri betul2 di hadapan sekolah rendah gua. Reka bentuk rumah sebiji macam kat Britain.

Time tu bulan puasa. Dia punya azab masa tengahari , orang Somalia je tahu dia punya feel. Mata jadi rapat, tekak rasa halia. Nasib baik , tukang jual ais krim reti lagi tengok kalendar Islam. Kalau dia buat akal jual time2 cam ni, memang terbalik motor kene penerajang gua.

Basikal chopper gua time tu spoket rosak. Tak leh bawa. Gua tumpang basikal Bede. Tumpang bukan jenis ada fasiliti nak duduk. Gua pegang bahu Bede, kaki secara stunt sangkut pada skru di antara 2 tayar. Dah la mad gad tak de. Jenis tak baca buku undang2.

Sesampai di rumah, gua bikin summersault masuk ikut tingkap. Mak gua rilek2 lagi. Jam 3 nanti turun la dia ke dapur buat keje2 default suri rumah.

"Pose ke ?", mak gua tiba2 menyoal.

"Poseeeeee!!!", tegas gua balas macam tak tahu mak boleh sumpah orang jadi batu.

Kting!Kting!Kting!Kting!Kting!Kting!

Mak gua bikin air milo. Masa tu gua tak hardcore lagi teh macam ayah.

"Kang, kalau tak de daya puasa , air atas meja tu..", mak gua dah buat reverse saikologi.

Perlahan2 gua hendap atas meja. Perghhh!! Milo gelas besar.

Selang 10 minit , gua hendap lagi.

Perghhh!!! Kat bahagian bawah gelas, dah ada kaler2 coklat gelap. Bahagian tu paling sedap orang kabo.

Gua pandang kiri dan ke kanan.

...
...
...

Gua buka tingkap. Angin sepoi2 bahasa memukul dada bidang ku.


Nota kaki : Gua time tu baru darjah satu. sweet kan ?

7 ulasan:

Hanisham Ab Halim berkata...

Hahhahah.. Aok ni gunx... Skang ni aok gone??? Minum teh pulok ke bila balik tghari....

makwe joni berkata...

fuiyyooo..terer sungguh mak ko

Fadh Rahman berkata...

gua rase laa kan...skrg pun lu mcm tue gak kuikuikui

Tanpa Nama berkata...

apasal aku tak jadik anak angkat mak ko ek masa kecik dlu?

bG berkata...

gua masa kecik2 dulu beli air coke, masuk dlm beg..

pastu pg toilet, slurppp222

FIRZA berkata...

goyang tgk milo......aduhai!

Unknown berkata...

echam , ceh

citahrudin, ntah buku saikologi mana dia baca.

fadh, wei ...!

tanpa nama, haha

amir , coke orang bandar je minum

firza, he he .. nak wat cam ner ...