15 September 2009

Sekarang pun gua masih berjawatan penunggang motorsikal melanggar lampu merah.


Jangan main2, ini gambar hari raya pertama awal tahun 90-an. Tak silap, gua tingkatan 3. Lepas sembahyang raya, terus tukar set pakaian agar kelihatan seperti Faizal Hussein Gila2 Remaja. Madgad dah tak stended. Lambang Apache kat depan ganti logo bengap Boon Siew. Penutup rantai sengaja di buang. Kunci penyetat dah loose. Absorber dah patah tapi tetap berkilat gua cuci. Hendal berat sebelah akibat kemalangan kecil.

Lampu utama depan di salotep kemas. Rumah skru sudah hancur. Helmet pun logo Apache tapi berbau agak longkang. Cermin pandang belakang sengaja dibuang agar kelihatan 'muda' dan 'ranggi' di mata rakan2 tetapi mengundang bala ketika sekatan lalu lintas JPJ. Lesen dan cukai jalan jangan harap ada. Minyak full-tank utk sessi raya 2 hari dari Maran membawa ke Jengka 25.

Baju rembat abang punya. Jeans di beli di Tong Kiat , iaitu sebuah pekan kecil terletak jauh di utara Kuala Sentul. Kasut tak mampu beli. Selipar pekan sehari.

Badan wangi, hati keras.

7 ulasan:

CosmicMalaysia berkata...

bro,

tumpang iklan..

Hello fellow joyriders! We have superb news for you! Cosmic will be joining the über cool Bijou Bazaar's Wednesday Berbuka Rendezvous this Wednesday, 16th September @ Capsquare.
Come, let's all have our iftar together! ... and of course last... minute raya shopping with us...we have great bargain too!
Check out http://bijoubazaar.blogspot.com/ for more information.

meorazor berkata...

otai lame niehh...honda cup selamenyerr..

Tanpa Nama berkata...

knp skrg dah tak berapa faizal hussein?

FIRZA berkata...

gile stylee......power2....

Fadh Rahman berkata...

err motor honda tue ada lagi x?

meorazor berkata...

slmt hr raye..
maaf zahir batin bro

Unknown berkata...

meor, honda cup jenis ni memang legasi.

tanpa nama, ni semua mawi punya hal la.

firza , ha ha

fadh, dah jadi fossil.

meor, maaf zahir batin jugak...