09 September 2009

Pengalaman berharga bermuzakarah di perhentian bas kampung saya.

Malam masih muda. Cengkerik masing2 tengah stenbai nak tarik vocal tinggi. Perlahan2 angin bertiup sentimental menandakan malam itu sungguh epik. Sekali sekala ada bunyi tapir dan babi hutan di belakang stesen bas depan rumah gua. Gua ni boleh di kategorikan bertuah kerana fasiliti2 bertaraf separa mewah seperti bus stand terletak hanya 6 kaki melangkah dari rumah gua. Pendek kata, kalau gua tidur kat bus stand tu pun tak de hal. Kalau ada arahan bersifat domestik seperti membeli santan atau rokok, jerit sahaja. Tak banyak soal, gua akan akur kayuh beskal chooper ke kedai Cik gu Talib (dah arwah).

Belum sempat gua selak buku Soalan Ramalan SPM gaya Pos Adabi, satu suara macam gampit dari luar kedengaran. Memang tak de suara lain kalau bukan Keli. Nama sebenar dia Rosselly. Gua ingat nak panggil Ros, tapi kalau tengok penampilan rambut gerbang , badan saiz raksaksa, tumit pecah, lutut hitam, bangun tidur tengahari, memang tak kene langsung. Jadi kami sepakat panggil dia Keli.

Gua pakai uniform rasmi lepak. Mak gua dah ketat muka. SPM dah ada sekitar selekoh. Gua buat2 rasa macam dalam tingkatan 1. Happy go lucky omputih kabo. Pap! gua lompat summersault dari tingkap rumah terus ke tanah. Sarung selipar berlari menuju ke lokasi biasa.

"Pa! Nirvana sepam", gua request satu lagu. Pa capai gitar tanda setuju. Bab2 handle gitar gua serah kat dia. Ntah mana dia belajar gitar gua tak pasti. Patut la tak lulus SPM. Gua dengar dia repeat kat Maktab Adabi Kuantan. Cilakak! boleh lulus pulak. Suspek jugak.

"OK..The man who sold the world, ek ?", Pa minta konfirm.

Gua angguk perlahan.

Belum sempat gua tarik suara serak2 Seattle, gua nampak ada suluhan lampu dari atas bukit menghala kepada kami. Satu per satu muka kami di suluh. Dah gaya macam kene ambush FBI.

"Hoiiii....aok ni betul tak de akal...aok tahu dok skang dah pukul baper ... orang nok tidur..sekoloh je tinggi..akal kat lutut.....", Pak Uda , jiran gua sound tanpa tapisan.

Perlahan2 gua bikin track "The man who sold the world" versi acapella.

6 ulasan:

Hanisham Ab Halim berkata...

Hohoho... aok ni gunx mau tok maroh pokde tu kat aok. Doh malanc2 buta dok mengampit lagi. Nasib baik pokde tu tok ngejor aok dgn parang....

meorazor berkata...

janji rock bro..hahaa..selamber

meorazor berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
bG berkata...

gua masa nak spm lepak siber kafe je..

huhu

Unknown berkata...

echam, nak buat macam mana, darah muda.

saiful, ha ha

amir, lu memang teratas.

Fadh Rahman berkata...

kalau gua laa kan...dh lama tekak lu berbentuk gitar...gua sumbat!