05 Ogos 2009

Sembang Letup bersama Pak Cik Hashim (Titik Bukan Noktah).



Anak beliau merupakan seorang anak muda yang mempunyai 'tangan yang banyak'. Tidak cukup mencipta nama di bidang automotif tetapi juga di bidang pergitaran, blog , mencetak baju serta mengkritik kumpulan rock ternama negara secara ilmiah. Rupa-rupanya ayah kepada Firdaus Abdillah a.k.a Pipiyapong, iaitu Pak Cik Hashim turut mempunyai blog tersendiri dan mempunyai peminat serata dunia. Jadi tak de cakap banyak, gua kasi sembang letup.

Saya terpanggil menulis ini atas dasar sahabat seblog. Justeru itu jangan anggap saya Seajawan atau siapa-siapa dalam hal-hal segegini, kerana sebenarnya saya bukan orang serba tahu. Maaf.
-intro pakcik hashim

1-saya beranggapan pakcik dapat merasa hidup di bawah penjajahan jepun dan british. kita tahu, penjajahan merupakan satu kerja yang amat buruk. tetapi dapatkan pakcik ceritakan sudut2 positif hasil dari penjajahan ini ? jika dibandingkan jepun dan british, manakan penjajah yang paling tidak ada hati perut ?

Zaman Jepun saya masih anak-anak berusia kurang lebih 7 atau 8 tahun. Telah berkesempatan masuk sekolah jepun darjag satu. Masih terlalu kecil dan bodoh untuk mengingati semua. Kehidupan zaman Jepun sesungguhnya amat susah dan menderita. Makanan tidak ada. Kadar mencari makan juga susah. Banyak yg kebuluran dan mati. Akibat dari kesusahan itu orang hilang maruah.

Sebelum penjajahan British dan Jepun Tanahair kita adalah dibawah pemerintahan Feudalisma - undang-undang dimulut raja. Kesultanan memerah tenaga rakyatnya untuk berperang. Berperang kerana kedudukannya tercabar, dicabar oleh hal-hal yang remeh temeh seperti perang saudara, menaikkan seseorang dan menjatuhkan yang lain, masalah perempuan, tersalah cakap dan beradu kekuatan melalui ilmu dan sihir.

Penjajahan dapat menutup mulut raja-raja setelah dikalahkan, dengan kemudahan dan kesenangan hidup dan kedudukan kesultanannya terjamin. Mungkin terlalu sedikit orang yang menyedari hakikat kena jajah itu. Semasa kita di bawah feudalisme, orang barat sudah beralih ke zaman Kolonialisma yang bererti meluas jajahan takluknya demi kepentingan ekonomi dan agama kristian.

Penjajah samada British atau Jepun tidak baik. British mempunyai tektik yang licin dan licik berbanding Jepun yang saya sendiri tidak faham akan motifnya.

2-pahlawan pahang seperti mat kilau dan dato' bahaman merupakan lagenda pemberontakan ulung sehinggakan nama mereka tercatat dalam buku2 sejarah. dapatkah pak cik ceritakan kelemahan2 (jika ada) dalam struktur perjuangan mereka ? golongan mana yang sering mendapat tempat dengan method atau style perjuangan mereka ini ?

Banyak andaian mengenai motif perjuangan Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau. Perlu diingat bahawa Bahaman adalah Orang Besar Berempat Negeri Pahang, yang berkuasa mengambil ufti dari jajahan jagaanya ia itu Lembah Semantan untuk dirinya dan raja. Bahaman adalah juga pembesar yang sangat taat kepada raja.

Tok Gajah sememangnya seorang Penglima yang taat kepada raja yang memerintah. Berperang untuk menegakkan institusi beraja. Mat Kilau adalah anak kepada Tok Gajah yang sudah mempunyai ilmu kependekaran bakal pelapis ayahnya, seorang muda yang pantang dicabar.

Lebih-lebih lagi sifat kurang ajar Clifford wakil penjajah di Pahang, boleh sahaja menaikkan api kemarahan Mat Kilau untuk bergaduh. Kemarahan Bahaman di Semantan kerana tidak puashati mengenai sara hidup telah menyeret Tok Gajah dan Mat Kilau untuk terus menentang Pejajah. Peperangan itu menjadi besar dan tidak dapat dibendung lagi dan malangnya campurtangan raja sangat terbatas. Saya tidak pasti motif perjuangan itu samada berunsur nasionalistik atau politik. Andaian lebih mirip kepada nasionalima.

3.apakah hobi pak cik sewaktu kecil ? boleh namakan permainan yang agak asing di dengar di kala ini ?

Jenis permainan semasa kecil saya tidak spesifik. Main gasing, lelayang, sepak raga laga ayam adalah permainan umum, dimainkan oleh semua peringkat. Budak-budak sekadar bermain menyorok, tuju lubang, batu seremban. Mungkin ada yang lain-lain tapi saya tidak ingat lagi.

4.benarkah Jepun2 ada mendirikan rumah pelacuran utk melampias nafsu serakah mereka ? jadi, adakah mangsa2 terdiri dari wanita2 Melayu ? di Lipis , di mana port2 tempat tersebut ?

Soal pelacuran di zaman penjajah atau sebelum penjajah saya fikir itu rahsia umum. Tidak dapat dinafikan perkara-perkara itu berlaku sekadar tempat dan caranya agak berlainan. Isu itu adalah kerana tekanan hidup dan demoralization.

5.ideologi komunis menuntut hak samarata. benarkah keganasan yang dibikin parti komunis sebenarnya tidak selari dengan suara2 dari pihak atasan seperti Chin Peng ? boleh pak cik etailkan dakwaan ini ?

Orang melayu tidak mengenal komunisma melainkan apabila ianya di import. Yang jelas dari China dan Indonesia. Orang melayu yang terikut kepada fahaman ini kerana berkemungkinan tidak ada jalan lain untuk bertindak menentang penjajah. Masa saya berumur antara 10 tahun, kebangkitan Bintang Tiga selama 13 hari, saya ingat sebagai sesuatu yang amat digeruni oleh orang kampung kerana kezalimannya. Kezaliman mereka mungkin kerana dendam yang tidak sudah dengan bangsa Jepun dan orang melayu yang menyokong Jepun. Zaman Jepun kaum cina adalah diantara yang sangat menderita.

6.zaman sekolah pak cik , siapakah cikgu yang paling garang ?. boleh tak pak cik gambarkan kebengkengan guru2 di zaman pak cik ? ada capai tahap luka2 ? hehe...

Sebelum dan selepas perang, para guru adalah diantara koperat yang disegani. Saya menganggap mereka adalah pendidik tulin yang mahu murid-muridnya berjaya. Tidak hairan jika mereka bertindak garang. Memang mereka garang sebenarnya untuk berhadapan dengan murid-murid yang sudah berusia belasan tahun masih lagi dalam darjah satu. Rotan jadi mainan guru-guru tetapi tidak sampai berdarah , patah dan sebagainya. Bagaimanapun dendam tidak berlaku apabila mereka berhenti sekolah. Saya sendiri pernah dilempang cikgu cina di sekolah Inggeris kerana tidak hafal poetry.

7.PPSMI sudah selesai . jadi , apa selepas ini ?

PPSMI sebenarnya belum selesai. Tahun 2012 masih sangat jauh untuk diyakini. Macam-macam boleh berlaku. DPMP dalam sidang agungnya yang ke 39 merumuskan bahawa PPSMI hendaklah dihapuskan serta merta.

8.jika pak cik menjadi muda semula, apa yang pak cik lakukan untuk mengajak golongan muda menjauhi dadah ?

Kita ada banyak cara untuk menjauhi dadah. Alternatif perlu ada. Cuba sdr tinjau berapa peratus belia yg berumur bawah 30 tahun yang menjadi ahli persatuan belia? Persatuan belia tidak menyeluruh, Alim ulama' tidak ambil berat untuk membantu dan Kerajaan tidak perhatin.

9. Dalam pendidikan anak2, apa yang pak cik utamakan ?

Bagi mendidik anak-anak saya tidak strict sebenarnya. Mereka ada makan dan dibantu dengan vitamin, ada pakaian cukup, dan ada belanja pergi sekolah.

Pastikan mereka pergi kesekolah dan membuat kerja rutin disebelah malam sebelum tidur.

10. sedikit isu luar negara, kenapa isu Palestin masih tidak tamat setelah berpuluh2 tahun ? di mana silap kita sebagai manusia bernama Melayu dan Islam ?

Palestin sudah ditakdirkan. Penjajah British telah melakukan kesilapan. Motif perjuangan mereka bukan kerana agama tetapi kerana tanahair mereka. Orang Arab sendiri yang sebangsa tidak endah. Dalam hal Palestin saya berkecuali.


Terima kasih pak cik .
Sama sama

7 ulasan:

tok_gajah berkata...

Sikap perkauman sangat penting demi mengekalkan kuasa politik melayu/Islam.

Sikap perkauman dikalangan kaum cina dan india sangat tebal dan kukuh, itu sebab mereka boleh hidup senang dan maju di mana2 sahaja di muka bumi ini.

Sikap perkauman cina boleh disama kan dengan bangsa yahudi.

Kaum cina sangat bijak 'menyamarkan' sikap perkauman mereka sehinggakan sukar bagi melayu yang bodoh mengesan nya.

Akhirnya melayu/Islam akan dijajah oleh kaum kafir ini.

hai berkata...

Hidup Pak Hashim!!rasa cam calon piliharaya la plak!!

gunx berkata...

tok gajah,
hehe...pandangan yang bernas.

hai,
hahaha....pak cik hashim yg cool.

aida cy berkata...

sangat cool.. mana tak tumpahnye kuah kalau tak ke nasi..aku takkan terkejut kalau org cam Pipiyayong ada abah best blognye..bernas tapi humble dan penuh sastera. Hidup Melayu :)

gunx berkata...

aida cy, yearghh..

me and only me berkata...

best!!

gunx berkata...

me and only me,

tq