04 Ogos 2009

Kerjaya gua setelah mendapat keputusan terbaik SPM.

Ferr....gua buka tombol pintu dengan bergaya.Tag harga di leher sengaja gua biarkan. Biar orang2 kat lif baca betul2 berapa sebut harga dia. Makcik cleaner indon buat muka meluat. Gua tak kisah. Yang penting gua dah berjaya mengenggam kejayaan. Haha....gua punya ego sebijik macam drama swasta kat RTM. Sekali sekala gua betulkan kolar keras.

Psttt...Psstt....

Cilakak. Tengah2 kawal kesombongan pun gua leh terkejut. Jahanam punya penyembur wangi automatik. Dalam lif pun nak gurau2.

Ting! Tingkat 89! Suara robot wanita bergema. Hah..itu la pejabat gua. Pintu lif menganga. Gua kemas mengatur langkah. Prap! Prap! punyai kasut buatan Itali memijiak karpet 2 inci. Sempat juga gua raba kunci dalam poket. Kring! kring! galak betul bunyi kunci BMW tanpa atap gua.

Gua singgah di meja setiausaha. Dia ni lawa tapi dangkal. Biasalah. Dunia kan tak adil.

"Ada apa2 appointment hari ni?", gua soal serius.
"Ada 5 appointment boss..first dengan Datuk K..jam 9 pagi. " dia baca nota sarat dia.

Gua buat2 macam menghadam data.

"Lunch nanti dengan Datuk Pipiyapong di Hotel Marriot , Putrajaya..err...jam 3 petang nanti..."
"Wait ...wait...bila masa dia dapat Dato' ? ", gua sedikit curiga.

"Ohh...masa birthday Sultan Pahang itu hari boss...!! ", setiausaha dangkal gua menjawab.

"Pasal apa dia dapat Dato ?"
"Dengar2 dia buka 5 bengkel kete di Las Vegas. "

"Cilakak!! Batalkan semua appointment, gua nak jumpa mamat ni jek....err...teh panas kow satu..cepattttt", perintah gua dengan begitu berang.

Sesampai di kerusi gua pasang winamp dan facebook. update status lebih kurang terus pusing kerusi empuk gua mengadap tingkap. KLCC tersergam. Pap! gua terlelap.

"Ooii.....bangun! bangun! cepat sikit potong rumput tu...kang bising pulok tuan rumah." suara Din rakan sejawat membising.

"hah ? ", gua bangun stedi sambil kesat air liur basi.

Sayup2 kejauhan gua terbaring di sudut pokok bertemankan mesin rumput dukung. Terketar2 tangan gua nak hidupkan semula mesin gampang itu. Susohnya cari duit!!!

6 ulasan:

beemer berkata...

takpa ... penting jugak ada angan2/cita2 cam aok ... hehehe!
baru ada misi dan visi untuk lebih berjaya .. tul tak aok?

Unknown berkata...

ntah la. ha ha ...

bekam berkata...

berangan tu besh apa..

ayobkelubi berkata...

lu punya letup pun leh tahan ah bang. org lipis mmg suka benda letup2 eh?.

Tanpa Nama berkata...

berangan itu percuma

Unknown berkata...

bekam,
haha..sangat sedap.

ayob,
runcit2 orang kabo.

tanpa nama ,
orang melayu kan suka mende2 percuma.