10 Ogos 2009

Ni baru betul betul KL Menjerit.

Gua memang dah mengidam. Motor kap chai berkuasa sederhana gua makin buruk perangai. Dah beri minyak hitam import pun masih berbunyi macam mesin parut kelapa. Tak berhati perut betul. Dia tak tahu yg gua miss makan semata mencari minyak hitam yang terbaek.

Satu hari di hari siang, gua mundar mandir macam orang nak curi motor. Mata terhiling2 mencari subjek. Pap! ada motor sebijik.

Yamaha 135 berkuasa 4 lejang. Laju dan ekonomi. Sesuai untuk Melayu makan gaji macam gua. Tanpa berlengah, gua pecut sekejap ke arah subjek. Nak merasa naik pun jadi la kan ? Kurang2 dapat ambil gambar buat profile fesbuk. baru nampak bergaya di mata masyarakat.

Jadi, apa nak buat sekarang ? tahu tahu gua dah nak dekat dengan motor itu. Pap! gua pandai2 panjat naik atas seat.

Twinggg !Twinggg !Twinggg !Twinggg !Twinggg !Twinggg !

alat penggera bengap berbunyi. Jahanam! motor renek macam ni pun nak pasang ke ?

Twinggg !Twinggg !Twinggg !Twinggg !Twinggg !Twinggg !

Pak Guard dah berlari2 anak dari jauh memegang cota. Dalam debar2 , gua turun perlahan dari motor. Buat2 stedi.

Twinggg !Twinggg !Twinggg !Twinggg !Twinggg !Twinggg !

"Lawa betul motor ni kan , bang ?" , gua buat suara kuat2 tanda ini bukan kes jenayah berat.

Twinggg !Twinggg !Twinggg !Twinggg !Twinggg !Twinggg !


...
...

Dalam lif gua pandang diri sendiri.

6 ulasan:

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Cilakak. Gua pun anti juga motor hok jenis gitu.

Unknown berkata...

rasa nak terajang pun ada nih.

Tanpa Nama berkata...

sedap irama tu

Unknown berkata...

tanpa nama : sedap tu sedap la, debor pun leh tahan masa tuh.

CrashnBurn berkata...

menci bunyi moto ada bunyi...

thenameisima berkata...

tendang jek skali...
alang2 dh bunyi kan