20 Julai 2009

Kata orang , usaha tangga kejayaan kan ?

Balik2 sekolah, mesti la penat. Sekolah berorientasikan papan ni , memang dia punya 'hot' lain macam sedikit. Agak kurang sesuai kalau penghuni di dalamnya berjiwa baran. Sebab itu, gua dan rakan2 mengambil keputusan melepak 'take 5' di perkarangan tandas.

Dah nama tandas. memang la dia punya aliran udara agak kurang kondusif. Lebih2 lagi , gua time tu nak pekene SPM. Otak kurang menyerap ilmu orang kabo. Tandas style pulak zaman perang dunia kedua. Teknologi agak bengap jugak.

Jadi, setelah pekene 2 , 3 matapelajaran, gua kenyit2 mata kepada kepala sindiket tanda mahu merilis tensi melepak di kawasan sejuk. Kebiasaan , di kawasan tandas akan terdapat ramai junior2 akan masuk. Sebelum diaorang masuk tandas, oleh kerana keramahan melampau pasukan kami, mereka akan ditanya atau bahasa lembut dia taa'rauf.

Asal mana ?
Songkok adik ni senget , meh abang betulkan,
Akak ada tak ?

Antara soalan klise yang di utarakan. Dah agak2 muka adik tu merah tanda hendak terkucil teramat, kami lepaskan. Sweet kan ?

Penat bersekolah, gua panjat rumah. Hati berdebar menunggu malam. Pecut ke bengkel mini gua di belakang mencari kabel yang boleh mengalirkan kuasa. Radio purba gua perlukan isyarat yang kuat utk acara malam nanti. Dah gaya macam nak menunggu isyarat UFO.

Tap! dah malam.

Gua tune2 pelan radio purba. Kaset player tak de. Betul2 radio pekan sari. Antena dah longgar. Nampak jelas kabel gua ikat kemas pada hujung antena lalu di gayut tinggi. Hukum fizik la kot. Makin tinggi, makin jelas isyarat diterima.

Sssss......Sari berita utama....ssssssssssssssss

Alamak! 2 minit lagi

SSS.....SSsss......

Gua ke kiri , ke kanan mengejas antena. Rasa nak terajang radio pun ada, tapi sabar itu separuh dari iman. fuh! melekat jugak ilmu.

Sss.....ssss......Pilihan Bersama.... ssss..Ini lah permintaan pertama datangnya dari.....

Fuh !! bukan senang nak dengar lagu Winds of Change.

3 ulasan:

bG berkata...

time sekolah gua selalu lepak tandas guru laki.. bersih sket.. haha

beemer berkata...

aok minat kala jengking rupenye ... hehe!

Tanpa Nama berkata...

aku siap panjat divider asrama sbb nak dengar pilihan bersama