21 Julai 2009

Perihal baju perang, nyaris nyaris jugak yang nak kene tindakan agresif.

Sepetang itu, gua bersama rakan chubby ke arah sekitar Lorong Meranti di ibukota. Bukan mencari pondan tetapi mencari helai-helaian kain terbaek dunia. Kali ini gua berazam , produk mesti yang terbaek. Ini mesej dunia perlu di letak pada kain terbaik. Biar pun si pemakai menyarung utk bergaya, namun mesej di dada tersebut dapat di jaja. Bukan begitu ?

Usai membeli baju , gua teks pengecop baju handalan merangkap pemain bass merangkap penulis blog merangkap pengkritik bola separuh masa merangkap wartawan kereta.

"Jumpa gua di Pelita", reply dia

Gua signal rakan chubby tempat serahan baju utk proses mengecop.

Sekonyong2 , gua dah order air kegemaran. Cuaca panas tak macam di Amsterdam. Tekak berkali2 teguk ais pun tak menjadi. Tekak orang tua kot.

Pengecop baju handalan sampai. Pap! dia nyala api tanda mahu mula borak.
Pung pang! ni baju gua..Pung pang!..bila nak siap?? Pung pang! ... aok tak balik Lipis ke ? Pung pang!...

"Assalamualaikum bang! "
Adik comel bersongkok menyinggah.

"Aaa...tak pe ! tak pe !", rakan chubby gua menolak sopan pelawaan.

"Assalamualaikum bang! "
Adik comel bersongkok masih di situ.

"Assalamualaikum bang! "
Adik comel bersongkok masih di situ.

"Assalamualaikum bang! "
Adik comel bersongkok masih di situ.

"Assalamualaikum bang! "
Adik comel bersongkok masih di situ.

Rakan chubby gua dah ketat muka.
"Hahh...aok jual kat abang tu...", seraya menunjuk kepada pengecop baju handalan.

Adik comel bersongkok cepat2 blah. Tidak cukup dengan blah sahaja. Gua dengar sayup2 dia memaki rakan chubby gua kerana 'kedegilan' dia membeli.

Yang menjadi persoalan. Kenapa adik bersongkok tidak menjual kepada pengecop baju handalan ? ke adik tu pernah kene cucuh dengan api rokok ?

6 ulasan:

bG berkata...

ni ok lagi.. aku penah kena tok sami minta derma.. HAHA

Unknown berkata...

habis tu, lu buat apa ?

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Woi..budak tu gua dah kasi penampor agaknya dulu..

Unknown berkata...

gua dah agak, mesti ada sejarah hitam punya.

bG berkata...

gua snap gambo dia, cakap muka dia nnt masuk blog..

pastu dia trus blah.. haha

Tanpa Nama berkata...

dia nak mintak bubuh muka dia kat t-shirt ko kot?