16 Jun 2009

Kenapa Bill Gates tak de dalam salasilah keluarga gua ?

Burung serindek terbang melaju. Tompok2 awan bersusun molek. Angin bayu berpuput lembut. Nun jauh di Utara, gua memegang besi tingkap. Sekali sekala gua mengerut dahi memegang perut. Bunyi desiran angin kotor menerobos perlahan melalui rektum berkarat.

Dah ! Dah ! gua hayun kepala tanda tidak mahu berpuisi bersajak. Kalau ini jam gua reka lagu, tentu juara Rohana Jalil kat Juara Lagu. Jangan main2. Tengah lapar, assignment merepek2 datang berjela kat meja gua. Rumah sewa gua petang itu agak sunyi. Mungkin rakan2 serumah dah melingkup ke Alor Setar. Atau mungkin ke Napoh menapau cendol pulut berpuaka. Cilakak!!

"Buat apa Bob ?", gua menyapa perlahan.
"Hah...tak de kelas ke hari ni , gunx?", Bob bertanya.

Umur Bob dengan gua sama. Tapi gua tampak 'remaja'. Lu orang mesti dapat agak kan , saiz seluar, kalau dah nama Bob.

"Tak de...Hehhe...", gua menyeringai palsu.

Dalam lapar2 , gua teringat pada isi satu ceramah mana ntah. Kalau nak kan sesuatu pada seseorang, mesti kene puji letup2 dulu. Baru senang kira lepas tu. Gua pegang petikan kata2 tuh.

Dalam nada sayu, gua pegang satu frame gambar di atas meja study Bob.

"Eh! ni gambar mak lu ke Bob ?"

"Woii....tu gambar awek aku laa....dah! dah! ...pi keluar skang !!!", perlahan2 muka Bob berubah merah.

...Dan perlahan2 gua ke ruang dapur membuka tin biskut.

Burung serindek terbang melaju. Tompok2 awan bersusun molek. Angin bayu berpuput lembut. Nun jauh di Utara, gua memegang besi tingkap karat. Sekali sekala gua mengerut dahi memegang perut. Bunyi desiran angin kotor menerobos perlahan melalui rektum berkarat.

2 ulasan:

bokbon berkata...

hahaha..kesian lu, gua tahu macam mana rasa tu. gua pun selalu dulu, hehehe..!

salman ® berkata...

teringat zaman belajar..pegi cafe, seluk poket...ada seringgit. lunch roti canai ajer lerrr....eheheh