09 Jun 2009

Perihal kerjaya ngeteh gua.

Di kampung gua dahulu sekitar lewat 80-an dan awal 90-an , terdapat 2 kumpulan yang masing2 memikul idealogi masing2. Gua ketika itu tidak tahu kumpulan mana yang sedap. Masing terlalu mentah untuk menilai.

Satu kumpulan ni jenis pakai smart. Motor sedap2. No telepon makwe penuh dalam dompet. Zaman tu mana ada teknologi tanpa wayar ni. Hormat la sikit. Jadi, setelah berpenat2 kerja kilang, hari Sabtu di sambut dengan merehatkan badan bagi persediaan pekan sehari di Maran. Nak ke pekan sehari, dia punya setting mesti sama. Motor sama kilat dengan rambut. Duit sedap2 bawa makan dan minum kat gerai dan tentu sekali kos minyak harus di ambil kira. 

Tak wajar langsung, pakai kasut kelekuk kelekak heret motor. Kene lak waktu puncak. Makwe2 tengah sedap turun town. Prinsip kumpulan kene genggam erat. Biar nyorok dalam kebun getah daripada berhadapan puluhan makwe dengan motor tak bernyawa. Gua tak bertahan dengan kumpulan ni. Pertama, gua memang anti establishment. Apa kes, nak pakai baju kene masuk dalam seluar. Gua bukan nak ke pejabat tanah. Kedua, kos mengikut kumpulan ni agak tinggi. Dengan pendapatan tak seberapa , boleh bankrap gua. Jadi...

Satu kumpulan lagi ni lagi la haru. Jenis serabai serba serbi. Pemakaian adalah bebas. Janji menutup kemaluan. Rambut nak gerbang macam Alleycat pun tak kisah. Apa yang penting adalah keikhlasan. Ikhlas kat mana pun gua tak tahu. Kebanyakan ahli2 merupakan penganggur dan keje2 part time wiring rumah orang. Motor2 yang dimiliki secara purata merupakan Honda Cub lampu bulat kena tolak masuk gear satu baru hidup. Engkol kebanyakan sama ada tiada atau loose. Menangis kalau penerbit Bersamamu pergi interbiu. Prinsip kerjasama dalam kumpulan ini amat mantap. Air kalau order kat kedai, boleh main kongsi2. Ternyata gua bertahan dalam kumpulan ini. 

...sampai sekarang.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku sdg membayangkan ko suatu waktu dahulu...alaihai anak omakk...

bokbon berkata...

masih bertahan?

hahahaha...!!

Pipiyapong berkata...

Masuk kumpulan sedap tu aok order je air...lepas tu time bayor aok buat kecik badan..