12 Mei 2009

Sedap jugak kadang2 ada lori parking depan rumah.

Gua dah buntu akal. Kata orang "nak sedap, biar buat keje dengan orang yg kita kenal". atau "buat keje dengan member kepada member yang kita kenal". Sekurang2nya tahu hati budi. keje pun laju. Siap pun cepat. hati pun suka.

Membeli satu unit almari saiz raksasa merupakan antara kejayaan duniawi gua yang pertama. Sebelum ini hanya bertemankan almari berdinding plastik. Di buka dan ditutup dengan peranti zip. Harga pun murah. Murah datang dengan natijah lain. Tidak punyai kudrat. Resit2 Mydin , buku2 bacaan yang masih belum habis dibaca , penyembur nyamuk, duit seringgit lama serta lebihan skru2 allen-key kelihatan bertaburan di atas almari plastik itu. Kedudukan tiang semakin condong. Menunggu masa rebah. 

Gua mencari lori. Iklan2 sewaan lori yang melekat di tiang2 letrik, papan tanda, tangga2 flat dan lif gua tak ambil pusing. Itu seme gua tak kenal. Mesti kene 'kencing'. Harga potong leher.

Gua teks seorang teman. "Lu kenal brader2 yang ada lori ?"
Dia kasi nombor. Gua kepalang gembira.

Lori sampai. Leher jiran kiri dan kanan secara auto menjadi sedikit panjang. Sebuah almari tersergam hensem keluar dari lori. Cekak pinggang berdiri tanda puas hati.

Duit di bayar. 

"Wahh...mana lu kenal brader tuh... ?Hehhe...", malam itu gua teks berjenaka. 

"Masa lu sms , gua dalam lif. Gua ushar dinding lif, ada nombor, gua pass aa kat lu".

Cilakak!!

2 ulasan:

salman ® berkata...

oih..beli lemari baru bukan siap² dia anto ke? apa kes kena sewa lori lain lak...eheheh

gunx berkata...

ada cerita sebelum tu...ni kira lompat ke konklusi..hahaha