Mana akal Bob Lokman boleh bikin lagu tu, gua pun naik pelik. Dia punya havoc sampai cecah Indon, Brunei, Kampuchea dan sipi2 Filipina. Hilang kejap glemer Barry Prima.
Kalau kata gua tak terpengaruh, memang la tipu sangat. Kartun2 pendekar Roy dalam surat kabor pun senang2 buat bikin gua pakai baju Melayu sampai ke petang. inikan pula.....
Dengan kemahiran seni yang mengalir, gua angkat satu marker pen permanet kat kedai Watas. Dalam kepala mesti kene tahu lukis logo Search. Memandangkan anggota badan gua yang cerah agak minima , jadi, gua aim tapak kaki. Tak nampak sangat dek orang.
Dari jam 9 pagi sampai la jam 1 tgh hari, gua lukis logo berpandukan keratan URTV jiran sebelah. Perghh..! sebiji logo Search.
.........
.........
Solat Jumaat agak tenang. Jemaah pun runcit2. Orang dah bang, baru huru hara habiskan rokok. Gua senyum brader kat sebelah. Dia senyum dan senyum.
........
........
Gua pandang cermin.
Sekarang macam mana nak ganti semayang jumaat dengan logo Search di tapak kaki ni?
3 ulasan:
serious tak faham
Ah malampau aok..
red, haha...
pp, ambil spirit sebelum ke jengka ni...
Catat Ulasan