pendidikan satu aspek penting dalam fasa kehidupan kritikal manusia, kan ? semua orang setuju walaupun yang tukang setuju bukan minat sangat pergi ke sekolah. Secara klise-nya, golongan berpendapatan rendah atau di bawah paras kemiskinan pasti tegar tidak mahu meneruskan proses pembelajaran formal di sekolah. Tidak ada apa2 makna diteruskan.
Pulau Belitong menyaksikan satu perjuangan suci guru2 tidak bergaji. Berjuang atas dasar mengkayakan otak anak2 yang miskin. Meluaskan horizon pemikiran agar tidak terus terperangkap dalam arus kemiskinan.
Aspek bersahaja dalam dialog diwarnai pula dengan lengok bahasa kanak2 yang penuh dengan 'muslihat', nakal , cinta monyet , lurus bendul dan jujur amat gua disenangi.
Prinsip 'keras' Bu Muslimah membelakangkan fitrah wanita dan mengutamakan kerjaya perguruan agak menghairankan. Agak sukar mencari watak sebegini di alam realiti, kan ? Watak guru besar, Pak Harfan begitu jernih dan menyejukkan hati. Kata2 beliau yang gua agak 'in' , "Hidup biar sebanyak2nya memberi, bukan sebanyak2nya menerima". Gua tarik cursor media player 2 kali utk amati kata2 agung ini. Amacam ?
OK, secara jujur , gua hanya menonton separuh sahaja. Sudah tidak berani menulis utk melontar komentar lanjut. Ha ha ha....
1 ulasan:
hehehe... cute entry.
yup, pernah rasa.... dulu2, masa muda2
Catat Ulasan