06 Mei 2009

(retro) Pengalaman horror saya dengan TV3.

Rumah sebelah dah havoc sembang citer McGuyver, The V, I Dream of Jeni, Mahathir Lokman dan Wan Zaleha. Gua time tu kenal abng Kamarudin Ahmad, Hashim Embi, Harjit Sink Hulon , Opah dan Hari Ini Dalam Sejarah je kat RTM.

Signal TV3 , gua dengar nak masuk kat Maran. Kucar kacir masing2 cari periuk kilat sangkut kat ariel. Salah satu teknik orang Melayu kebanyakan utk menangkap gelombang TV3. 

TV3 , menurut orang kampung, tidak seperti RTM. Rancangan2 dia letup2. Ntah lar...gua tak tahu sangat. Yang jelas, gua membesar dengan rancangan Wazata Zain. 

"Amacam ! Kita cari siaran TV3 petang hari ni" 
Gua usul kat abang gua. Dia nampaknya setuju.  Sepantas kilat kami ke hutan mencari buluh terpanjang di Asia. Kami ikat pada pucuk pokok rambutan. Buluh mencecah langit. Kami girang.

Dalam kepala, gua dah imajin wajah Wan Zaleha. 

"Kanannn...lagi !! Kiri sikitt...", gua laung dari dalam rumah.
"Hahh....ok ok !! dah! dah ! cantik dah..", gua tunjuk tanda bagus dari tingkap rumah.

Abang gua ikat kemas ariel pada pucuk rambutan. Sekali sekala terdengar dia menjerit terkena gigitan kerengga.

Petang itu , kami melayan I Dream of Jeni. Dengar suara sahaja. Gambar agak barai. Penuh bintik2. Janji esok ada modal nak borak, kan ? Kami girang.

Esok pagi , ariel kami patah di tiup angin kencang yang merbahaya kepada bot2 kecil.

Hashim Embi, pun Hashim Embi  lah !!

Tiada ulasan: