05 Mei 2009

Perihal KFC Lipis yang barai.

mendapat panggilan puaka dari syarikat Rosyam Noor. rancangan cari pelakon kelolaan beliau memerlukan gua memecut mencari isyarat telekomunikasi global. suara beliau perlu di muat naik dengan kadar segera. cilakak ! jadual ngeteh gua sedikit terganggu.

pecut ke bandar Lipis (baca : masih berstatus cuti). dada berombak sederhana mengalun doa. berdoa agar isyarat telekomunikasi global dapat di cari. orang kampung gua panggey , waipai.

gua teks Kumprinx. juga teks Mael. Erhmm...berat jawapan Mael. gua call . tidak berjawap. Cheh ! berdentum henpon kene hempas. 

atas kusyen. 

gua pikap cadangan Kumprinx. KFC Lipis, katanya. Gua berdiri angkuh di hadapan pintu berkaca. "FREE WIFI" , stiker terpampang. phew !! 

panjat atas. "Uji dulu isyarat waipai , baru order", bentak hati kecil . bijaksana persis otak Hang Nadim. 

Buka laptop. Mata liar mencari soket pembekal tenaga. Gua cucuk. Ketat. cucuk lagi. Ketat! 


"Memang saje kita rosakkan", Akak KFC  selamba bersuara. 
"Internet kat sini pun payoh nok dapat, cuba aok dok kat tepi tingkap nuh...kadang2 dapat..". dia tambah.  Bedak muka dia pepaleh tebal. Cover jerawat agaknya.

Gua ke tepi tingkap. Isyarat macam barai. Gua karate meja. Gadis India yang ralit aim gua dari tadi , masih aim gua lagi. Cilakak! 

Gua berdengus berang keluar dari premis. pecut mengeteh di bandar baru Lipis  tanda protes. "Lantok ko lah , Rosyam !", kata2 terakhir gua sebelum air tempahan sampai. Tiba masa utk bertenang kembali. Dunia memang ujian , kan ?

Petang tu, Mael reply.

"Talipon keh rosak".

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahahahaaa...pedulikkan semua tu...duniawi semata2..

Ed berkata...

wah horror nya

adey manis berkata...

he3 pengalaman tuh.. =)