30 Mac 2009

Peristiwa ketar lutut di myDin Subang Jaya.

"Asma' hilang", ringkas gua call bini yang sibuk mentela'ah barang2 komoditi di dalam pasaraya.

Perempuan dianugerahkan dengan begitu banyak emosi berbanding dengan lelaki. Jadi , tak payah gua cerita detail2 apa reaksi dia lepas gua call tadik. Lelaki apabila kurang emosi mudah terlupa akan obligasi memantau 2 orang anak yang mempunyai karakter yang berwarna warni.

Gua pegang erat anak sulong. Anak bongsu sudah hilang dari pandangan.Ntah kemana dia pergi. Gua pusing 360 darjah menganalisa tempat2 yang disyaki.

Kedai foto ? ...errhm...tak mungkin...
Kedai busana pengantin ? ...errhm...tak mungkin...
Kedai agensi pelancongan ? ..errhm...tak mungkin...
Kedai lingerie ? hah ? lagi tak mungkin.

Peluh sebesar penumbuk keluar sebiji2 melintasi dahi gua. Gua dah rasa jadi perempuan. Rasa nak menangis dan menumbuk2 lantai. Mata pun dah sedikit2 berkaca.

"Ada dok jumpe ?", bini gua terus memberi 'tekanan'.

"Ayah! Ayah... ", anak sulong menarik tangan kecil dari puluhan kain2 perca di satu kedai picisan milik seorang Bangladesh. Sedikit2 demi sedikit , Asma' mengilai kecil.

.....
.....

"Lepas abang call tadik...apa yang sayang buat ?", gua tanya bini di dalam kereta.

"Habis seme orang saya langgor tadik dengaa troli..."

HA HA HA !

3 ulasan:

ayobkelubi berkata...

jgn main giler braderrrrrrr...

salman ® berkata...

teringat naim hilang kt jusco dulu. meroyan aku sorang² mencarik dia.

bila dpt jumpa balik....fuhh..dia punya tacing takyah cakapla. rasa macam jejak kasih pun ada...huhuh

edd79 berkata...

alhamdulilah ok. Gua ketar abis beb...zikry pun pernah hilang jap..cess..