26 Mac 2009

Tak kan baru KL dah tak reti koi kawan keh demeh ?

Arakian tersebut lah kisah budak kampung gua. Masa zaman Mahathir, kilang2 banyak tumbuh. Sedikit demi sedikit, anak2 muda dah rasa tak seleb kalau dok kampung. Semua tak sabar nak habis SPM pekene keje kat luar. Justeru, tinggallah pokok2 getah dan kelapa sawit tidak lagi bertuankan orang muda. Sedikit demi sedikit corak sosial masyarakat ketika itu berubah.

Orang tua makin terperosok di kampung dan felda. Gua bukan nak sembang lebat tentang itu sebenarnya.

Arakian tersebut lah kisah budak kampung gua. gua petik balik perenggan pertama. Dulu dia keje sawmill Maran. gedebak gedebuk keje sampai lebam badan, dapatlah beli Honda Cup lampu bulat gear satu tekan belakang. Itu kira pencapaian tahap olimpik kalau di kira dari pendapatan per kapita beliau ketika itu. Justeru, tahun hingga ke tahun, beliau merasakan Honda Cup lampu bulat gear satu tekan belakang itu tidak lagi kacip, maka beliau mengambil keputusan drastik. Kerja di Kolumpo macam cerita KL Menjerit tu laa..

Gua dengar dia keje kilang sebuah syarikat ternama dunia. Gua ketika itu masih lagi berbasikal copper dan terjun mandi empang.

3 bulan beliau kembali ke Maran. Gempar orang kampung gua ketika itu melihatkan kejayaan beliau membawa pulang sebuah motorsikal berkuasa separa tinggi iaitu RXZ.

Satu petang, kami berkerumun di sekelilingnya mahu mendengar cerita Kolumpo.

"Ngkorang kalau pergi Key El mesti sesatnya , cakap kau ... ", kuat suaranya bercerita sambil menepuk2 tangki RXZ-nya.

Kami dah mula rasa loya. Gua dapat membaca riak muka penduduk kampung dan kami bersepakat dia ni dah kene "Saka-KL".

Petang itu dia accident.

4 ulasan:

Unknown berkata...

tu yang paling tak tahan...

kalo kat kampung koi (Kg Bintang Temerloh)..tu dah kene sindrom "Arus Kota"..

memang loye tahap gaban la kalo sembang dengan dia..

Tanpa Nama berkata...

emmmhhh...
mmg aku nyampah lau da org cegitu...
bukan ko sorang la wei..ak pon da mmber cegitu..
bajet je...
time skolah berkepuk ckp phg..mmg tol2 pekat berkrim...skali pas skolah kje r kl...
3,4 bulan pas2 balik bcuti la kunun...
cakap pehhh..cair taik telinge wei lau dgr...
ckp ckit..."bapak law ye awek same..."
d tekan kn "bapak"...rase2 best ker ckp phg+key ell cegi2...
cm gampang..
dgr je..rase nk belit wayar mouse kt leher time 2 gk..
aduh...
lau ank phg yg mmg phg xkemane 2, pe slh ckp.."bapok lawo ye awek sne..."tarik ckit...
bru phg...
tepuk dada,tye asl usul la wei..

Unknown berkata...

limmtatt ,

best kan ada kawan cam tu . hahha

wawa,
baler aok ...!

wawa berkata...

gunx..
koi emo jap..
hahahha!!!