26 Februari 2009

Betul kata orang tua-tua, buat baik berpada-pada.

Sebelum orang kecoh2 tarian shuffle ni, era 80-an dah mula dah. Semua pakat2 nak buat zip banyak2 kat jaket. Michael Jackson punya penangan la nih. Sawan satu Malaysia. Radio mesti saiz sedap2 letak atas bahu.

Gua time tu baru darjah 2 . Tak silap , gua jadi ketua darjah. Cikgu Lau Chee Beng yang ngajar Matematik ada hal katanya. Sebelum dia blah, dia kasi satu task kat gua selaku ketua darjah.

"Rizal, Awak jaga kelas aa..cik gu ada hal mahu bikin.", perlahan suara cikgu Lau. Perwatakan lembut cikgu Lau kekadang menjadi kegilaan cikgu2 wanita lain. Dah la putih , berbudi bahasa lak tu. Cikgu2 Melayu yang lain , jangan harap nak celen bab warna kulit. Kalau kulit gelap, confirm muka bersepai. Itu jam, belum cakap lagi, cikgu wanita dah cop gatal.

Cikgu Lau berlalu. Selang beberapa minit, kelas dah jadi pekan sehari. Sorang2 kedepan tunjuk skill Beat it. Kejap berpusing, kejap melompat. Memang confirm belum akil baligh.
Yang gua hairan, apsal tiba2 gua pun dah ada kat depan. Kejap berpusing, kejap melompat. Memang havoc.

Arghh...Tiba2 gua jadi sedar. Sedar akan task gua. Gua beri arahan diam. Tapi tak jalan.

Gua ambil keputusan heroic. Gua inform Cikgu Lau akan malapetaka itu. Cikgu Lau berang. Muka dah merah macam baru lepas minum arak.

Cikgu Lau masuk , kelas sunyi.

"Sapa yang menari tadi naik atas kerusi....", perintah cikgu Lau.

Gua senyum tanda puas hati.

"Cikgu!!! Rizal pun menari jugak tadi.", satu kelas hingar.

Tiba-tiba sideburn gua terasa nyilu.

1 ulasan:

ayobkelubi berkata...

lu mmg salah guna kuasa betul.hahahaha..