25 Februari 2009

Trip dari Maran ke Kuantan memang sedak bawok pelan2.

Perjalanan baru bermula, gua dah menguap 5-6 kali. Di Malaysia , di Pahang, di Maran secara spesifiknya, perjalanan cukup mudah dan cepat. Di kiri kanan tiada perompak yang mahu mencuri. Apa yg mahu dirompak dari gua ? Kehenseman ? Keikhlasan ? Itu tidak dapat di curi. ha ha ... !

Mak gua sajes berhenti sebentar. Beli apa yang patut. Beri peluang kepada mata utk sejahtera. Tidak lari , Kuantan dikejar.

"Aok beli mende tu ?"
"Air kuat", balas gua sambil meletakkan beg plastik berisi beberapa tin minuman.

Klak! gua tarik picu tin minuman kuat.
Bergerak atas bawah buah halkum meraikan jirusan air ke kerongkong. Macam piston yang sihat.

"Sedak ke air tu ? meh mok nak rase sket....."
Gua hulur tanda akur.

Mak cuba. Muka ada sedikit ketat.

"Mende ni ?? Arak ke ??", mak gua mencebik.

Haishhh....!!

2 ulasan:

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Ah menipu je air kuat tu. Keh minum banyak pun tersengguk sengguk juga bawok keta..

bayam berkata...

ya betul.. kawan pun mmg x jalan air2 kuar nie.. kalu dah ngantuk tu, park tepi pastu zzzzz