06 Januari 2009

Sembang letup bersama Mat Jan (Bahagian Kedua).



Bahagian pertama dah habis tayangan. Kini bahagian kedua. Kenapa ada 2 bahagian ?
Bagus soalan tu.

Sebenarnya .. eh! suka hati gua la.

Jom. Hit it !

6-apa pendapat hang ttg gaya cari duit melalui Adsense, Nuffnang , Adverlet dan yang sama waktu dengannya ?
adakah ini membuatkan blogger lebih mengutamakan duit dari content sehingga kelihatan entry2 tidaklah letup mana ttp iklan tak hingat punya gantung sana sini ?

Baguslah depa cari duit melalui Adsense, Nuffnang dan Advertlet daripada depa cari duit dengan makan rasuah, merompak, dan lain-lain. Cuma aku tak puas hati benda-benda ni wujud masa aku dah bersara menulis blog. Zaman aku tengah produktif berblog dulu, takdak pulak benda ni, kalau tidak mau rat-rat komisen aku. Cumanya, kepada para blogger, kalau nak gantung iklan pun, agak-agak la. Kalau dah banyak iklan dari blog, baik aku baca katalog Avon.

7-Pendapat hang ttg filem Melayu sekarang ? adakah nasib dia sama dengan pasukan bolasepak Malaysia yang sering menjadi punching bag utk blogger maki2 ? atau mungkin hang memang suka dengan keadaan sekarang ?

Filem Melayu sekarang ni dah banyak kepelbagaian genre. Ini aku suka. Nak tengok filem komedi, cinta, aksi, seram, sci-fi, purba, semua boleh. Nak tengok filem panjang, pendek, warna, hitam putih, semua ada. Filem dewasa, filem remaja, filem kanak-kanak, macam-macam ada. Jumlah filem pun dah banyak, daripada pengarah dan penerbit yang berlainan. Aku nampak ini sebagai perkembangan yang sihat dalam bidang filem. Citarasa penonton pun meningkat, dia tak main tengok saja apa yang ditayang. Aku optimis dengan dunia filem tempatan.

Blogger maki-maki tu biasalah. Bukan filem saja, semua benda pun blogger maki. Kalau tak maki, bukan blogger la namanya.

8- apa pendapat hang ttg director ini.

1. Datok Yusuf Haslam.

2 Prof A. Razak Mohaideen
3 Mamat Khalid


1. Datok Yusuf Haslam: aku suka tengok siri Gerak Khas di tv sebagai komedi. Lawak tengok polis-polis berjalan di koridor bercakap tentang statistik PDRM dalam bahasa baku setiap minggu. Lawak tengok Sarjan Misai (sekarang Sub-Inspektor) belanja Lim dan Lingam teh tarik setiap minggu, ketika perogol bersiri bermaharajalela di KL.



"Awak dah baca surat khabar hari ini? Ada kes bla bla bla..." adalah dialog polis yang paling kelakar, kerana seolah-olah polis dapat maklumat jenayah daripada akhbar, dan bukan sebaliknya. Kes diselesaikan setelah mendapat maklumat daripada 'informer'. Hero sebenar dalam siri ini ialah orang awam yang menjadi 'informer'. Gerak Khas adalah drama satira yang menyindir polis dari kaca mata orang awam. Yusof Haslam adalah genius.

Filem-filem cinta dan drama-drama 'bergaduh - baik balik - bergaduh - baik balik - bergaduh - baik balik sehingga beratus-ratus episod' beliau aku tak layan.

2. Prof A. Razak Mohaideen: aku suka dia punya 'Mami Jarum'. Sahaja. Kira 'lawak baru' la dalam arena filem komedi tempatan masa tu. Masalah dia, dia guna template yang sama untuk Mami Jarum Junior, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung etc. Sudahlah jalan cerita lebih kurang sama, dia pergi kurangkan lawak dialog dan lebihkan lawak slapstick pulak. Apakejadahnya semua itu? Percubaan dia untuk buat filem melodrama, seram, etc semua gagal.

3. Mamat Khalid: lawak dia lain dari yang lain. Aku agak ketagih dengan filem dia. Bila keluar filem baru dia saja, memang aku masuk panggung, tak fikir dua kali.

9-Di dalam drama siri Heroes, watak dan kuasa apakah yang hang suka ? kenapa ? apa yang hang akan buat jika mendapat kuasa tersebut utk diri dan negara ?

Aku tak layan Heroes. Aku tak kenal pun watak-watak dan superpower yang mereka miliki. Tapi kalau Superman, aku paling suka dia punya x-ray vision.



Bayangkan penglihatan dia boleh menembusi apa saja. APA SAJA! Kalau hang, apa hang buat? Kalau aku, tentulah aku menggunakannya untuk mengintip penjenayah dan membanteras kegiatan mereka :)

10-Apa pendapat hang ttg isu Palestin ? sejauh mana keberkesanan Malaysia sebagai pengerusi OIC ? hang rasa apa patut kita buat as Muslim utk isu ini ? alamak macam forum hal ehwal Islam pulak ? he he ...

Macam aku bercerita dalam Maskara Balak Malaya hari tu (hang pi ka dak?).

OIC, PBB, dan segala macam badan dunia ni tak boleh harap dalam isu Palestin ni. Yang di belakang Israel adalah Kuasa-kuasa besar dan sekutu-sekutu mereka. Yang di belakang PBB adalah kuasa-kuasa besar, manakala di belakang OIC pula adalah sekutu-sekutu mereka. Dalang yang sama. Amerika, Arab Saudi, semua pukimak (kalau tak maki, bukan blogger la namanya.)

Pada pendapat aku, isu ni bukan isu orang Islam. Kita sepatutnya simpati kat Arab Palestin bukan sebab dia muslim. Kita benci kat rejim Zionis bukan sebab dia non-muslim. Tapi kita simpati sebab Arab Palestin tu mangsa jenayah, dan benci sebab Zionis Israel tu penjenayah. Zinonis adalah pencuri dan pembunuh. Dan penipu!



Orang Arab dah duduk di Palestin tu sejak beribu-ribu tahun. Apakejadahnya tiba-tiba Zionis bawak Yahudi satu dunia ke situ dah claim itu tanah depa? Kerana kitab kata itu their promised land? Okey, tapi kitab depa juga kata thou shall not kill... thou shall not steal... thou shall not covet thy neighbour’s house, thou shall not covet thy neighbour’s wife, or male or female slave, or ox, or donkey, or anything that belongs to thy neighbour...

Apakejadahnya bila bab promised land, nak ikut kitab. Tapi bab membunuh, mencuri, merompak semua tak nak ikut? Itu bukan Yahudi namanya, dah 'murtad' dari agama Yahudi dah tu. Orang Yahudi yang 'bertakwa' sepatutnya tidak menyokong Zionis.

Dulu Zionis menipu orang Yahudi dengan slogan 'country without people, for people without country'. Ramai orang Yahudi yang percaya Palestin tu takdak orang. Mereka berhijrah dari Amerika, Eropah, Afrika Utara, dan Tanah Arab ke situ. Tengok-tengok kat situ penuh orang Arab. Zionis halau orang Arab keluar dari rumah dan sumbat orang Yahudi ke dalamnya. Sudahlah halau keluar dari rumah, dibunuh pula. Depa lari ke Jordan, Zionis bom Jordan. Jordan halau Arab Palestin ke Lubnan, Zionis bom Lubnan. Jahat macam setan.

Di Malaysia, kita kena beri kesedaran kepada semua orang tak kira Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, muslim dan non-muslim, yang isu ini bukan isu Islam vs kafir, tapi mangsa vs penjenayah. Cerita kat depa benda sebenar. Agak menyedihkan bila demo anti-kerajaan dapat kumpul demonstran berbilang bangsa dan agama, tapi demo anti-Zionis orang Islam saja yang join. Padahal isunya sama, menentang kezaliman dan ketidakadilan. Di peringkat antarabangsa pun sama, barulah orang bukan Islam pun simpati. Barulah orang bukan Islam pun membenci Zionis sebagaimana mereka membenci Hitler, Polpot, Karadzic, etc.

Jangan menghakmilikkan isu ini kepada orang Islam sahaja. Ini isu sejagat. Pemimpin atasan kena start dulu beri kesedaran, sebab depa banyak pengaruh. Buat forum Palestin jangan jemput pemimpin UMNO dan Pas saja, tapi jemput pemimpin DAP, MIC, dan Pasok Momogun sekali. Bila satu dunia dah sedar yang Zionis tu jahat, baru boleh cakap pasal tindakan selanjutnya...


fuh !

1 ulasan:

DeLinn berkata...

perghhh! salute sama itu mat jan!