29 Disember 2008

Sembang Letup Bersama Mat Jan, sol jah yang celik akta itu akta ini.



MJ atau Mat Jan mujur sahaja tak masuk Raja Lawak musim kedua. Nanti lu mesti kenal dia dulu dari Nabil. Nabil mungkin sekarang terpaksa mengelola rancangan kanak2 kat RTM seperti nasib peserta2 AF yang lain.

Sekacip Mariamah Tijo dengan RTM, sekacip itulah MJ dengan Maskara yakni satu event berbentuk indie berpusat di Kolumpo. Pengelolaan beliau yang sentiasa segar dengan lawak2 klasik begitu di nanti oleh para hadirin.

Jadi, gua persembahkan sembang letup part #1 ini....malas nak intro lama2 , tak de idea...

1- nana penuh hang ? kenapa pulak di panggil mat jan ? hang boh jan ke ?

Nama penuh aku Mohamad Syafizan. Dipanggil Mat Jan kerana 'Mat' itu berasal daripada suku kata 'mad' dalam 'Mohamad' dan 'zan' dalam 'Syafizan'. Nama pendek 'Mad Zan' itu kemudiannya berevolusi dari lidah ke lidah menjadi 'Mat Jan'. Ada juga kawan-kawan yang panggil aku 'MJ' atau 'J' saja. Yang nama hang Mat Gunx tu mai kot mana? (tu ... lu kene ngeteh ngan gua la, baru leh story )

2-di beritakan hang mendapat pendidikan di satu sekolah yang melahirkan tokoh2 kental seperti Tun Mahathir. hang admire tak Tun ? dari segi apa ? apa kelemahan dia yang hang nampak ? apa kekuatan dia ?

Tun aku respect dia dua benda. Satu, dia pandai mentadbir ekonomi. Kalau boleh buat graf la, dari kita merdeka sampai sekarang, aku percaya kemuncak paling tinggi ekonomi kita boom adalah ketika 22 tahun dia jadi PM. Dua, dia berani.

Kadang-kadang aku rasa macam tak sedar diri negara kita kecik, tapi dia lantang mencerca kuasa besar Amerika dan sekutu-sekutunya. Tu peringkat global, kalau peringkat lokal pun dia berani buat keputusan tidak popular, yang walaupun di-attack macam mana pun, dia tak berganjak pendirian. Kalau Pak Lah la, hari ni buat keputusan, esok orang attack, lusa dia tarik balik keputusan.
Penakut!

Tapi dari segi kelemahan, ada dua benda aku tak suka Tun. Satu, dia kacau kehakiman. Sebelum Tun, hakim semua naik pangkat ikut senioriti. Bila mai zaman Tun, suka-suka hati dia saja pecat hakim tu, pecat hakim ni, sampai ketua hakim pun kena pecat. Lepas tu hakim-hakim yang naik pangkat pun dah tak ikut senioriti.

Kalau tengok track record, hakim-hakim yang naik tu mesti pernah handle kes yang memenangkan kerajaan. Cabang kehakiman jadi cacamarba. Dua, aku tak suka Tun, dia control media kaw-kaw punya control. Tokoh pembangkang jangan harap la ada peluang nak bercakap live dalam tv. Berapa banyak surat khabar dan majalah kena tutup zaman dia.

Zaman Pak Lah, kehakiman kembali macam dulu. Hakim naik pangkat ikut senioriti. Hakim-hakim yang kena pecat zaman Tun pun dia bayar pampasan. Nampak Pak Lah okey di situ. Media, walaupun masih di-control, tidaklah sekaw-kaw zaman Tun. Sekarang kita boleh tengok tokoh pembangkang bercakap live dalam tv.



Di RTM, TV9, Awani, Bernama TV. Ada debat, forum, etc yang jemput tokoh pembangkang cakap live dalam tv. Edisi Siasat (mandarin) di NTV7 pun selalu bagi peluang YB PKR, DAP, bercakap attack pentadbiran kerajaan. Surat khabar dan majalah politik kembali tumbuh macam cendawan. Kiranya zaman Pak Lah ni, kehakiman dan media nampak okey sikit la.

Cumanya, Pak Lah ni lemahnya dua. Satu, bodo ekonomi. Dua, penakut. Bila bodo ekonomi, rakyat lapaq. Bila lapaq tu yang orang marah tu. Hang nak buat jahat, hang kena bagi rakyat kenyang dulu.

3-mengapa hang memilih jurusan undang2 ? apa la best sangat jurusan ni ? atau ? hang ada menyimpan cita2 lain ? model ubat gigi misalnya.

Aku belajar undang-undang untuk mengisi masa lapang. Seronok belajar undang-undang ni. Ia membuka mata dan minda aku, dan membentuk pendirian politik aku sekarang. Dengan belajar undang-undang, kita dapat tau banyak 'lubang' untuk orang melepaskan diri kalau depa tersepit. Yang paling best sekali kalau depa ada kuasa untuk gubal dan pinda undang-undang. Tu pasal depa dok berebut nak masuk parlimen.

Safeguard dia dah ada - perlembagaan. Undang-undang tak boleh dipinda dan digubal sesuka hati, dia kena ikut guideline dalam perlembagaan. Masalahnya, perlembagaan itu sendiri boleh dipinda kalau ada persetujuan 2/3 ahli parlimen. Sebab tu kita kena nafikan majoriti 2/3, tak kira siapa pun jadi kerajaan.

Bayangkan kalau main bolasepak, dah ada peraturan, tapi peraturan tu boleh dipinda dengan persetujuan 2/3 pemain bola. Lepas tu, pemain dalam pasukan tak sama banyak. Satu team ada 15 pemain, satu lagi ada 7. Kemudian team 15 pemain tu pinda peraturan, besarkan gol lawan sampai hujung padang! Itulah situasi politik Malaysia selama ni.

Walaupun belajar undang-undang, aku sekarang bekerja dalam bidang publishing. Cita-cita aku sebenarnya nak jadi pornstar. Tapi memandangkan aku insan yang bertakwa, aku ketepikan cita-cita aku.




4-hang banyak menyuntik komedi di dalam kemelut politik semasa. adakah ini citarasa hang sebenarnya ? kenapa tidak memilih jalan
menulis dengan gaya bahasa skima ? mungkin boleh publish kat utusan ka , sinar harian atau bambino.

Kalau semua orang nak tulis bahasa skima dalam Utusan, Sinar Harian, dan Bambino, siapa pulak nak tulis komedi dalam blog? Aku memang suka komedi. Kalau menonton, suka menonton komedi. Kalau membaca, suka membaca komedi. Dan politik pun aku suka, sebab dalam politik banyak komedi. Comedian Malaysia paling aku minat adalah Samy Vellu.

5-apa ciri2 blog yang hang suka dan akan lawat selalu ? apa ciri2 blog yang paling menyampah nak lawat ?

Aku suka blog-blog yang lawak. Aku suka blog Tok Rimau, Sinaganaga, Abdullah Jones dan Saharil. Paling terkini, aku suka blog Pipiyapong. Pipiyapong idola aku la sekarang dalam bidang pemblogan. Aku paling menyampah masuk blog keluh-kesah. Macamlah life dia sorang saja yang suck.

....bersambung

1 ulasan:

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

pundek mat jan gambar rap lu tu..!!