19 Januari 2009

Muntah Simpati.



"rasa nak muntah la " manja gua mengadu kepada Marsitah, house mate gua .
"ha ha ha.....", dia ketawa besar....

"sal ?" , sedikit sangsi kerana tidak mendapat simpati.

"abang pregnant ke ?... ha ha "

"ciss....."

selang 15 saat, gua berlari persis jaguh olimpik ke arah sinki.
"Uwhekkk....Uwhekkkkk !!", separuh mati gua menganga. memberikan laluan kepada isi perut keluar mengadap dunia.

"Abanggg!! ...", Marsitah cemas. Galak leher gua di urut.

"Kenapa abang senyum??", dia dah pelik.

"Sayang jugok demeh kat keh , ek ?"

Tiada ulasan: