15 Januari 2009
I'm too old for this.
Jean agak unik berbanding dengan seluar2 lain. Ia mempunyai satu mini poket berbentuk 4 segi tepat pada ruang atas poket besar sebelah kanan. Reka bentuk ini tidak hanya tertakluk kepada yang berjenama, line2 pasar malam pun sama.
Jadi, gua assign poket comel sebagai tempat menyimpan kunci. Jadi, masalah henpon bercalar sudah tiada lagi. Nokia gua kemas tersemat tanpa sebarang bahaya.
petang2 begini, kalau pekena goreng pisang memang letup. secara auto, pabila keluar, kunci rumah akan berada di dalam poket mini tersebut.
Transaksi berjaya. gua dah terpacak di muka pintu.
Bungkusan pisang goreng gua lempar tepi. kembang kempis hidung nak kasi keluar itu kunci. Segala mak nenek kunci , gua kasi port kat situ. Masa masuk ngam2 , ni cam ne citer nak kasi keluar ?
Tu la orang tua2 kabo, dah haji2 ni tak elok pakai jean. tak kacip.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan