20 Januari 2009

Benar itu pahit.




"Jangan cakap bohong", gua menambah senarai ''jangan" kepada anak teruna ini.

"Owhhh.....", dia tidak membantah. Tidak apa yang nak ditakutkan dengan budak di depan gua ini. seumur hampir mencecah 5 tahun , gua cuba tanamkan dengan bercakap benar, err....biar pun pahit.

Jangan jadi seperti cerita Sangam. Cinta 3 egi. 2 lelaki mahukan seorang perempuan. Radha menjadi pasrah. Sunder dan Gopal mempunyai hasrat yang satu. Namun, Gopal melebihkan persahabatan daripada naluri fitrahnya mahukan kasih sayang wanita bernama Radha. Salahnya satu, dia berbohong dengan dirinya sendiri.

"Tutttt !!"...
Seketika bilik bacaan kami menerima kehadiran bau yang kurang kasual.

"saper kentut ni ?"

"SAYAAA !!", anak teruna gua mengangkat tangan dengan tenang.

That's my boy.

3 ulasan:

ayobkelubi berkata...

hehehe..

awan mendung berarak kelabu..hahaha

zahidnaser berkata...

kahkahkah... lawak..lawak

follower.. berkata...

hoho..anak lu mmg true beb..the real true..