30 Julai 2008

Sekarang wa tahu apa itu erti gugup.



Butiran Teater "Adek Puteh Abang Puteh"
tempat : taman medan, PJ
tarikh : 3 ogos 2008
masa : 9 pg - 1 tgh hari (on stage may be around 9-10 pg)

Ye, nampak gaya dah macam ada sinar. Serba serbi kalut. Anak makin hilang kasih sayang. Si ayah tak ketaruan menyusun jadual yang tak la seberapa ketat kalau di bandingkan dengan YB2 yang membida nombor2 plat kereta serta menelaah katalog kereta Mercedez tahap premium.

Gua diperkenalkan dengan 2 orang pelakon yang memang pelakon. Sorang rambut besar macam David Alleycats dan sorang lagi wajah biasa Melayu nusantara. Di katakan pernah berlakon watak "interframe" dalam Filem "Cuci" dan iklan Hotlink.

Ya! bagi gua , itu sudah cukup hebat. kalau di bandingkan dengan wa yg hanya bersilat di pentas kolej sahaja. Ini sudah bisa menembus pawagam. Itu memang seru la...

Jadi, macam biasa, watak ibu masih lagi di awangan walau pun hari makin dekat. Lantak la...malas wa nak fikir2 sangat. Ada la tu nanti, kot ? Wehh ! korang perempuan2 di sana ? Jom la berlakon sat ? Apa kes wa nak pakai tudung plak ? Memang tak 'in' kontroversi2 cam ni ??
Ibu berhalkum pertama di Malaysia ? Yarkkkk !! Haaakkkk tuiihhh ..... !!

Video Bonus : Zorro Afro

2 ulasan:

pipiyapong berkata...

lu berlakon ke beb..??biar betik??

gunx berkata...

betik tak betik la...
dah menitis peluh jantan nih ...