29 Julai 2008

Keajaiban Yang Di harapkan.



Hari mendatang bagitu resah sekali. Hari penentuan sedikit masa lagi akan menjelang memunculkan jasad. Masing2 merebahkan badan membunuh masa. Adakah masih ada hari esok ?

watak hitam, kuning dan oren makin kabur. Paling terkini watak ibu pun sudah tersungkur dek kerana komitmen seorang isteri yang sudah berkeluarga. Gua memang tak salahkan sesiapa. Ini bukan universiti atau kolej yang mana masing2 tidak punya apa melainkan tugasan, balak, awek, henpon terkini dan mobil ke kantor. Ini universiti kehidupan.

Menambah duka, tuan direktor turut punya komitmen pada hari ia di pentaskan. Tinggal la gua terkapai2 di lembah tandus gersang beribut pasir.

Malam ini bakal penentu. 2 orang pelakon baru bakal di uji bakat.Dengar kabar sudah lali dengan kancah lakonan dan teater. Gua harap ada warna bakal menyinar.

Jika tidak, lebih baik gua layan Diskaveri Cenel sambil hirup Old Town White Coffea. Bukankah itu nikmat ?

Realiti memang mengigit.

Tiada ulasan: