31 Julai 2008

Dalam2 darurat, boleh pulak pekene sepam teh mamak ?



"Lorr... budak tu tak leh datang rehearse ini mlm ke?"
"Ah huh ! ...segan la kat parent dia?, Itu hari gua dah kene sound ..."
"Tak pe la...kita mengeteh je la malm ni ..."
"Hehhe....ON !"

antara kekangan mengambil pelakon kanak2 adalah masa. Dengan bebanan kerja di sekolah pada siang, boleh plak korang cilok hari malam , siksa mereka dengan skrip dan bahasa badan. Sebab itu gua perati, pelakon kanak2 yang tercebur diri dalam lakonan seperti terdewasa awal. Hishh...tapi kan sayang plak bakat yang ada tu...kan ? kan ? ok tak justifikasi ? ngeh ! ngeh!

Jadi, kami dah berada di meja mamak yang dicantum dua. Nescafe tarik bersama roti sardin kasi potong menjadi mangsa nafsu. Sembang2 isu2 pementasan. Pemakaian,timing, queue, tambahan skrip, masalah pelakon wanita, pemberian token, etc...

mata sekali sekali menjeling pada tayangan rakaman perlawanan pasukan kuning dengan biru. Penonton yang patut menyokong kuning menyokong biru. Ahli pasukan biru bagitu tangkas dan akhirnya dapat 'meliwat' kuning sebanyak 2 kali. Tapi kuning tetap berbangga kerana hanya 'diliwat' 2 kali tidak diliwat berkali2 seperti yang dijangka. Tahniah kuning! Tahniah biru!

Haishhh! Apa liwat2 nih ? kotor! keji!

ok, balik pada isu kita tadi. Roti sardin semakin habis diliwat eh! ditelan.
kenapa dengan gua ni ?

Tiada ulasan: