28 Julai 2008

Ibu Duit , Tarik Duit.



Krisis kewangan melanda. Sepasang suami isteri mengeluh menyalahkan itu dan ini. Capai segala faktor penyumbang. Gua tak kira. Demi sebuah kepuasan, gua halakan kesalahan kepada orang lain. Satu terapi utk meningkatkan motivasi. Supaya nampak hebat. Waima itu sebenarnya atas kebodohan diri sendiri.

"Cam ne ni, bang ?", keluh si dia memerhatikan ongkos semakin mengecil wal hal hari mendatang makin panjang. Jika di ikutkan kalkulus, memang gagal utk survive ni. Tahap air masuk hidung dah. Titanic makin tenggelam.

"Cam ni laa..", gua utarakan solusi realistik. Bukan semata retorik murahan.

Dengan tenang, gua seluk poket, keluarkan buku ajaib berwarna kuning keemasan. Ilmu ni gua sudah amalkan semenjak bergelar bujangan. Ternyata, jika betul ayat jampinya, pasti duit akan beranak.

"Boleh ke bang ?", si dia sudah cuak.

"Apa lak tak bolehnya !!", gua tekadkan semangat.
"Bukannya berdosa, sekali sekala.... dan tahap darurat ni...."

Gua park perlahan2 ke tempat yg di katakan mujarab utk upacara tarik duit.

Kee tinggg.!!!
Nombor ...
satu kosong satu dua
satu kosong satu dua

Suara bergema. Gua ke kaunter. Senyum sengal.

Si dia berdebar tunggu di kereta berkuasa rendah. Menanti upacara tarik duit.

Sapa suruh makan gaji ?? Hehheeh....

Tiada ulasan: