25 Julai 2008

Blues Ikan Kerisi.



Kalau dah dasar tidak tahu mengurus, memang inilah jadinya. Jabatan Perikanan mmg gua tak into sangat kerana gua lebih cenderung kepada perkara2 tekno dan tidak jejak di bumi nyata (baca : siber).

Tatkala musim gawat (baca : antara tarikh 15hb hingga 20hb), dinner set serta merta akan merudum prestasi. Ini tidak lain hasil dari perbelanjaan tidak cermat gua. Terima kasih kepada ideologi "Buy first, think later".

Duit di poket rm6. Si dia memesan kerisi 3 ekor. Gua dah sangsi. Adakah dapat fullfill itu request. Kalau dalam bab2 pembelian barang2 digital, walau apa pun situasi, teknik Machiavelli serta merta akan di implement. Tapi dalam kes2 terpencil sebegini,

err...terpencil ke ?

Kerisi2 nampak comel tul pagi2 ni. Gemuk2 dan tampan2. Gua pikap 3 ekor seperti yang termetrai dalam perjanjian. Eh! cukup ke nak bayo ni ? Otak sudah nyilu membuat kalkulasi.

Sesudah membuat pemilihan ikan2, tiba masanya acara membayar. Abang kaunter hensem betul pagi itu. Pandai mengambil hati pelanggan. Sekali sekala membelai anak2 pelanggan. Bukan membelai pelanggan.

Gua dah berpeluh memeriksa wang. Cukup ke nih ? Tangan kemas memegang plastik berisi kerisi montel.

"singgit 60 sen"

"heh! murah nyer..", gua hulur wang beserta senyuman tanda task sudah selesai.

Rumah.

"Nah ! ikan ... ", hulur ikan pada si dia yg telah bersiap sedia melakukan pembedahan.

"Aik ! 2 ekor je ????", jegil.

Tiada ulasan: