22 Julai 2008

ACT 2 : Zorro Hensem Tapi Nakal



Periksa beg dompet, boleh tahan kental duit syiling beserta beberapa helaian not seringgit. memang dah tahap "Bersamamu".

"Ada ke minyak motor tu ?", tegur si dia.

Gua goyang badan motor. Dengar lagi kocakan minyak. Dalam hal2 sebegini, gua perlukan unsur2 mistik utk menggerakkan motor. Unsur matematik dan fizik sudah tidak into lagi. Apa ke jadah kuat makan minyak lak motor gua sejak akhir2 ni? Damn!

Malam isnin, seperti biasa ada rehearsal utk projek "hot2 chicken shit" gua. Pengurus projek mensasarkan ia akan di pentaskan tepat pada tarikh 2 ogos 2008. Kalau di bilang jari, bukan banyak lagi jam yang terkumpul. Belum di campur lagi dengan pengurusan kewangan gua yang serba tidak menentu. Ya! Gua perlukan unsur mistik di sini.

Terima kasih adik Aliya dan Asraf kerana sudi hadir. Oh ya! Terima kasih kepada ibu dan bapa mereka sebenarnya kerana sudi 'meminjamkan' anak mereka.

ACT 1 dan ACT 2 masih lagi kurang lancar. ACT 3 masih belum di uji. Masa ! Masa !
Gua buntu.

Video Bonus

Tiada ulasan: