01 Julai 2008



Badut

Malam itu terasa sangat berat. Tempoh merempit kelajuan cahaya merentasi 7 benua amat memualkan. Bertahun menempuh perjalanan antara hidup dan mati. Simpang siur maut. Lebuhraya LDP memang kejam. Saban hari memamah manusia. Manusia yang hidup bernafas di negara membangun dunia ketiga.

"Bang ! malam ni meeting , jangan lupa pulak ", sapa si dia.
Gua baru nak acting mengantuk. Sudah tidak menjadi.

"Ye !! ye!! Abang nak pergi lah ni". Ritual tidur gua terganggu.

Engkol ditendang ganas. Motor meraum kuat.
Vromm ! Vrooooooooooooommmm! Tretttt ! Trettt !!!! Ke teng ! Ke teng !
Petua orang tua. Sebelum merembat motor, biarkan ia melahu. Melahu sekuat hati.

Lama gua termenung. Jika di fikirkan agak lama gua tinggalkan dunia teater nih. Hmmm...agak lama. Tiada pengalaman mengarah, cuma pernah menjadi protagonis. Jangan main2. Watak utama beb ! Bukan calang2. Walaupun rupa tidak sekacak Saiful Bukhary, namun muka gua yang seakan2 Mat Jan ini bisa mengambil hati tuan direktor.

Vrommm....gua membelah malam.
Ntahlah ! Gua pasrah je task kali ni. Harap ada sinar.

Tiada ulasan: