30 Jun 2008
Kelat Dan Sengal
Isya' sudah berlalu. Malam makin pekat. Anak2 sudah longlai dengan mainan dunia. Tidak habis2 mahu mengetuk pintu kerohanian ibu dan bapanya.
Gua melangu melihat buletin utama. Suasana malam di kampung memang mengasyikkan. Ungas2 rimba tidak jemu2 mempamerkan keajiban suara memukau umat. Gua masih melangu melihat buletin utama. Berita RTM ? Jangan harap melainkan lu assign semula Kamaruddin Ahmad dengan Hashim Embi. YA! Hashim Embi dengan kaca mata retro-nya. Itu yang gua mahu!!
Punggung makin panas. Ereksi selera makin memuncak. Tekak berdegup kencang.
"Amacam ini malam ? ada branik ?". Perlahan jejari menekan send kepada rerakan. Tiada jawapan. Selalunya mereka laparkan sms sebegini. Gua makin hairan.
"Oiikk..ngeteh dok ???", gua makin hangin
"Hehehe.....malam ni tak dapat laa...", rakan A menjawab kelat.
Sms kepada rakan B masih tidak berbalas. Malam ini nampaknya menjadi sejarah hitam.
"Haaah!! Tak mengeteh ke mlm ni ? Biasanya dah lesap time2 cenggini", sergah sang isteri melihat aksi curiga gua di satu sudut rumah.
"Hehee....", sengih bagai ketam busuk.
Sejarah hitam.Sejarah hitam. Kechiwa. Sebagaimana Jerman. Damn!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Kenapa tak ngeteh dgn is3? ha ha ha.
letup dia lain macam kalau sesama jenis.
tak sangke ade orang still ingat kat bapak saye *hashim embi* yek.. :)
Catat Ulasan